02 April 2013

Jadi Ayah?

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran untuk-Mu Allah atas anugerah yang amat bernilai ni. Hmm… memang bersawang dah blog ni. Lama gak rasanya tak update. Sibuk nak menguruskan itu ini. Akhirnya, arini terdetik juga hatiku untuk menjengah kembali.


kaki Hana pada hari ke 7

Ok… pendek cerita. Sudah 53 hari Hana Sofea muncul dalam hidup kami. Banyak sangat2 pengalaman baru yang kami lalui. Seronok, letih, ketawa, berjaga malam, nervous, bahagia… ini just sebahagian je. Maklumlah, 1st time parent.
This time around, aku nak kongsi pasal 1st trimester pregnancy wife aku. Last menstrual period dia 18 Mei 2012. So, according to Naegel’s rule, expected due date (EDD) dia pada 25 Februari 2013.Tau dak camna nak kira? Tambahkan 9 bulan 7 hari dari tarikh 1st day of her last period. Example, kalau period dia start 1 januari 2012, so ditambah 9 bulan 7 hari akan bagi EDD 8 October 2012. Tapi, ni just “expected” due date. Maybe lagi awal atau lewat dari tu.

Period tak datang?
Lepas noted yang period dia tak datang as expected, dia pun buat la urine pregnancy test (UPT)- positive. Waktu tu dalam 4-5 minggu la. Of course la hati dah berbunga2 menanti “orang baru”. Since pregnancy ni memang planned, so wife aku dah amik supplement folic acid dari awal lagi.

Sebab apa aku tekankan pasal folic acid? Sebab dia sangat penting untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna. Kalau kekurangan apa jadi? Spina bifida contohnya, saraf tunjang tu tak menutup sempurna, so ada bonjol lubang kat tulang belakang especially kat bawah leher tu.Masalahnya proses ni jadi dalam minggu ke-3 selepas ovum dan sperma disenyawakan. Biasanya time tu hang bukannya tau pun lagi hang pregnant ke tak. Sebab tu la seelok-eloknya rancang bila nak pregnant. So buleh amik supplement folic acid siap2.Tapi minggu ke-8 baru aku bawa dia buat booking visit kat GP.

Booking visit!
Maksudnya 1st visit hang ke klinik/ hospital. Initially, aku bawa dia ke klinik kesihatan ibu anak (KKIA) kat Bandar Tun Razak. Mak haih… beratoq orang sampai ke luaq klinik. Dah la klinik tu agak kecik (sebab dia kat ground floor bangunan rumah flat). Saja je nak tunjuk kat wife aku situasi kat KKIA. Gerun dia tengok betapa ramainya manusia kat situ! So aku bawak dia pi GP kat Bandar Sri Permaisuri. 1st ultrasound scan- nampak la ‘something’ dalam uterus nye. Alhamdulillah, saiz dia consistent la dengan 8 minggu pregnancy. So, next visit 4 minggu lepas tu @ 12 weeks. Supplemen kena sambung ambik macam biasa.


ni gambar 'Hana' berenang2 di dalam kantung rahim ibu. 8 minggu, itu le ghopenye. Eh, awat gambaq ni senget. teliang kepala aku nak tengok

Supplement?
biasanya klo hang pi ke klinik, dia akan bagi folic acid, Obimin/ multivitamin. Klo darah hang kurang (low hemoglobin), maybe kena start on iron tablet. Actually, wife aku memang ada ambik supplement Shakelee sebelum pregnant lagi. Reason? Cuba nak turunkan berat badan katanya. Hahahaha… Aku layankan saja. Provided your fluid intake is sufficient. Pre-pregnancy supplement yang dia ambik termasuklah Herb-Lax, Alfalfa complex, Lechitin dan Zinc. Tapi lepas dah pregnant, dia ambil folic acid, vitamin B complex, calcium, Energizing Soy Protein (ESP). ni sumua yang Shakelee punya la. personally, aku tak kisah pun brand apa yang dia pakai. Janji benda tu bukan tiruan, ambil ikut aturan dan minum air banyak.

Morning sickness
start dari minggu ke-9 sampai la minggu 14, wife aku kena ‘morning sickness’. Kebetulan, waktu tu adalah bulan Ramadhan. The whole month tu dia dok muntah2 je. Perhaps, ‘evening sickness’ adalah istilah yang lagi tepat untuk kes wife aku nih. Usually, around pukul 5 petang tu dia dah rasa mual2 then bila time buka puasa je, minum air seteguk je… Terus muntah. Bukan sekali! Berkali-kali. Kadang2 tu, ‘buka puasa’ dengan muntah je. Time tu pulak, aku baru masuk department surgery. Start tagging masa 1st week puasa- masuk kol 6.20am, balik kol 10 malam. Even lepas tagging pun, selalu je buka puasa kat ward sebab kerja tak siap lagi. Tapi bila hari yang aku buleh balik awal or post call, mesti time buka puasa tu la dia paling rancak muntah2. Sabar…

Masa minggu ke 3 puasa tu la yang dia paling teruk muntah2. Satu hari tu, aku dah decide; kalau dia muntah2 lagi petang, pastu nampak macam dehydrated. Maybe aku kena pasang drip kat wife aku. Dalam kepala dah plan, rapatkan katil ke tingkap, then gantung botol normal saline kat grill tingkap tu. So, sebelum balik dari kerja aku terpaksa lah seludup barang2 untuk projek ni- 1 botol normal saline, drip set, alcohol swab, hypafix, hep saline for flush. Bila time nak buka puasa tu, macam biasa la… dia dok uwekk…uwekk lagi. Aku pun keluarkanlah barang2 aku tuh. dan2 tu jugak la hilang rasa loya tuh. Apa punya penakut daa...


botoi drip pun dok ada lagi. baru gempaq nak cucuk terus hilang sickness. kalau aku tau, dari dulu lagi aku standby botol nih!

19 Julai 2012


Since dah lama aku tak check file2 aku dalam laptop ni…sekali buka, tengok2 folder gambar lama2. Gambaq ni diambil tahun 1991-1992. Hampa tengok fesyen tudung pun tau kan?

Tempat kejadian; Sungai Tok Mat (sebab rumah Tok Mat ikan kat tepi sungai ni)

Kak aku dengan murah hatinya sudi bawak aku pi mandi sungai. Punya la seronok! Kami pi 3 bijik motor. So, macam dalam gambaq ni, dari kiri, Kak aku, Aku, Kak In, Apit, Lan (arwah). Tukang amik gambaq tu Kak Za a.k.a kak Apit.

Jangan tanya aku seluk apa dalam seluaq tu. Sejuk oo mandi sungai….

La ni , Tok Mat pun arwah dah. Rasanya tu la last time aku mandi kat situ. Biasanya kami pi ke kawasan depan lagi dari spot ni. Sebab situ ada pokok yang buleh buat bergayut. Tapi kat area tu jugak la kawan aku mati lemas. Al-fatihah

Cerita Ayah...

Kesempatan bercuti seminggu aku manafaatkan dengan balik ke kampung di Kedah dan Perak. Macam biasa lah bila ada di kampung, title aku pun bertukar la dari Dr ke Dr-ebar. Bukan ayah aku tak buleh drive, cuma aku yang tak bagi dia drive la ni especially time tengah2 hari. Dia tu mudah mengantuk la nih.

Dah brapa kali dia tertidur time driving. Itu yang dia pi sodok titi kebun orang la, langgar anak pokok getah la. Tu tak kira lagi sampai van kami tu tayar empat2 naik atas. Seb baek dia pakai seat belt.

Anyway, time dok drive tu. ayah dok cerita la sket masa dia mula2 nak mai ke felda ni. Time tu ujung tahun 1972, bulan 12. Mak memang sarat mengandungkan Abg Din. Nak buat keputusan sama ada nak join felda ke tak, ayah kata dia berbelah bagi la jugak. Orang kampung siap dah buatkan rumah baru untuk ayah. Ada yang menangis tak bagi dia pi. Tapi dia bulatkan hati dan buat keputusan untuk berhijrah jugak ke felda.

ada 2 tempat yang ayah dapat offer; satu kat kedah. lagi satu kat Sabah. Tapi ayah pilih yang dekat. Klo dak, dah geng Jimmy Palikat dah la aku ni.

Sebelum masuk felda, ayah kerja sebagai cikgu kat sekolah melayu. Gaji memang tak seberapa. Starting salary RM15. Pastu naik pi RM30. Last skali gaji dia RM 60. Klo jadi guru besaq, tinggi la sket- RM 120 sebulan. Jangan compare la dengan gaji cikgu2 la ni... jauh beza!

Ayah sebenarnya anak yang ke-4, 3 orang abang dia tak dak yang bekerja tetap. Pak Anjang (arwah) dok buat bendang dengan pi laut, anak ramai. Pak Teh time tu baru pindah ke tempat baru, tak dak pekerjaan lagi, anak ramai. Pak Tam (arwah) plak dok buat bendang sambil jadi tukang rumah, pun anak ramai. Pak Su pun menumpang dengan Pak Tam mengaji kat Bukit Jenun. Di pendekkan cerita, dengan gaji RM60 tu la, kena bahagi2 untuk sara depa2 nih. (Jujur cakap, aku tak bleh bayangkan klo aku dok kat tempat dia time tu.. mana cukup weyh)

Mak plak dok buat cucuq jual dan letak kat kedai2 makan. Kami orang kedah, kuih pun kami panggil cucuq. Cucuq of course la kami panggil cucuq. Lagi satu contoh- roti. biskut pun panggil roti, roti memang sah la panggil roti. Ok, berbalik kepada cerita jual cucuq. Mak buat cucq kat rumah, ayah bawak pi kedai sebelum dia pi mengajaq. kadang2, ayah terjatuh gerek... Abih la cucuq aritu berterabuq atas jalan tanah merah. Sekupang habuk pun tak buleh.

2 hari samapi kat felda tu, mak pun melahirkan Abg Din. Bermulalah fasa baru dalam hidup ayah, mak, Kak Fauziah, Abg Lan dan Abg Din. Aku tak dak lagi time tu. Untuk 5 tahun pertama, sementara menunggu pokok getah boleh keluarkan hasil, Felda bagi bantuan (tapi kena bayar balik). RM50 sebulan klo aku tak silap.

Barang2 bleh pi amik kat kedai felda (kami panggil kedai syarikat). Katanya, ayah tak pernah beli pakaian baru untuk dia dengan mak untuk 3 tahun seterusnya. Pakai saja apa yang ada kat kampung dlu. Kampung tak balik setahun- padahal jarak tak sampai 20km. Kalau beras abih, ganti pulut, pulut tak dak, buat 'peknga' (omputih panggil pancake). Klo nestum anak abih, ganti dengan tepung gandum.

Ada jugak beberapa peneroka felda yang tak tahan susah, depa cabut lari balik kampung. Kepada yang tahan, bersabar banyak2 la sementara pokok nak keluarkan hasil. Ayah kata, kalau mengenangkan balik waktu susah tu, memang mengalir ayaq mata. Tapi dah semua orang waktu tu susah, jadi pakat buat tak tahu saja lah. Hidup kena teruskan.

Sedaq2 je, aku dah sampai ke pekan Pendang. Tapi sayang, aku tak ambik gambaq2 masa dulu. Nanti klo aku ada kelapangan, akan aku cuba ambik gambaq2. Aku amat teruja bila dengar cerita macam ni. Sebab aku tak pernah merasa susah macam tu. Tapi bila tau macam ni rupanya hidup keluarga aku dulu, baru rasa bersyukur sangat2!

Sajak Melayu

Melayu - oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

05 Oktober 2011

Perancangan Gerbang Kenduri

Terlalu banyak yang berlaku dalam tahun ni untuk diri aku. Terlalu banyak... Rasanya macam baru minggu lepas aku pi degree conferring ceremony aku. Pastu 2 hari lepas majlis tu, aku pun angkat kaki balik Malaysia. Jet lag pun tak brapa nak abis lagi. Lepas tu, berlaku macam2 events yang sangat2 berharga dalam hidup aku. Kemungkinan besar benda2 ni berlaku sekali saja dalam hidup aku. (Harap2nya macam tu la…). Syukur ya Allah!

Dan macam2 benda yang berlaku ni merujuk kepada urusan majlis perkahwinan aku la. Bukannya macam2 benda ni merujuk kepada benda yang tak best naa… Aku syukur sangat2 majlis kat kedua-dua belah pihak berjalan dengan lancar. Cuaca pun macam tau2 je bagi green light untuk bagi semua orang enjoy majlis kami dengan senang hati. Itu tak kira lagi dengan kicauan burung2 dan letupan mercun bola yang sapa cucuh entah. Seb baik aku tak melatah. Klo tak, memang haru biru la…

Planning untuk majlis pernikahan aku ni dah dibuat setahun beberapa bulan sebelumnya. Klo plan awal2, takde la kita ni terlepas pandang sangat benda2 yang penting sebab ada banyak masa lagi nak pikiaq. Masterminds yang dok susun atur dari mula2 bawak 2 family berjumpa sampai la ke pemilihan tarikh kenduri ni… kami 2 ekoq la punya kerja, i.e aku + wife aku. Bukan sebab excited ka apa. Tapi disebabkan oleh kedudukan geografi kami yang duduk antara 2 benua. Antara Kuala Lumpur dan Dublin. Bukan senang nak jumpa tuu. So sebab tu kena plan siap2.

Ni antara rough planner kami. Hopefully buleh membantu untuk orang2 yang mencari idea untuk mengorak langkah ke alam perkahwinan.

Jun 2010: Kami dua orang start planning bila nak bawak parents berjumpa. Macam mana plak dengan bajet yang nak kena spent untuk majlis bertunang, kenduri. Hantaran nak berapa talam. Berapa duit simpanan masing2 yang buleh share untuk majlis2 ni. Macam mana hidup selepas kenduri. Dia dengan masters dia, aku dengan housemanship aku.

Julai 2010: Bagitau parents pasal nak bawak depa pi berjumpa family sebelah perempuan.

Aku: Ayah, adik ingat nak kahwin tahun depan lepas abih belajaq. (Sambil dok tengah drive lori)
Ayah: Buleh (dengan nada konpiden abih!)
Aku: Buleh???

(Aku heran sebab selama 5 tahun aku mintak nak beli motor ZZR 250, dia tak pernah nak bagi. Membazir la, hujan nanti basah la, tak dak sapa nak naik la…. Sekali bila mintak nak kawin, bagi plak dengan sekali lafaz je tuh…)

1 Januari 2011: Family aku berjumpa dengan family sebelah perempuan for the first time. Actually parents aku tak pernah tengok pun macam mana rupa bakal isteri aku ni sampai la depa ada sendiri kat rumah dia. Aku just cerita camtu2 je kat depa. Memang gamble abes. Hehe… Ya la, klo buatnya time tu dia tak berkenan… tak ka haru aku dibuatnya. Seb baik depa sempoi je. Yang wife aku ni pun time tu… buleh terketaq2 tangan plak potong kek depan parents aku.

15 Januari 2011: Aku pi KL. Membeli barang2 hantaran. Awal dak kami shopping? Ya la, bulan depannya tu aku nak kena balik Dublin dah, bulan 6 nanti baru balik Malaysia plak. Time tu mana dan sangat dah. So based on bajet yang kami dah buat, aku beli barang yang aku nak, dia beli barang yang dia nak. Senang! Tak mau timbul isu tak berkenan barang ni, barang tu. Cadangnya nak buat 5 talam balas 7 talam je. Time beli perfume tu, yang menjual tu aku tenguk muka macam “abg” tp pakai skirt. Betis kaki besar kemain tapi nametag bubuh Rina. Hmm… konpius aku.

22 Januari 2011: Lawatan balas family perempuan ke rumah aku. Ingatkan depa sampai dalam pukul 11-12 camtu. Rupanya pukui 10 sampai dah kat Jeniang. Kelam kabut aku pi ambik depa. Kebetulan plak on the way nak masuk ke felda aku ni kena lalu kampung2 yang namanya unik sket. Kalai, Kuala Ruman, Gajah Putih, Padang Cicak, Kura, Sungai Siput… Aku tau, mesti depa dok bantai gelak kaw2 punya tengok signboard nama kampung2 nih. Time ni, kami dah bincang siap2 tarikh bertunang and kenduri dua-dua belah pihak. Abang aku siap ambik calendar tulis siap2 kat tarikh yang dah dipersetujui tu. Takut lupa katanya!

29 Januari 2011: Bersama2 dengan kak aku merangkap pengarah projek kenduri 2011 aku kami pi cari butik pengantin untuk cari orang buat gubahan barang2 hantaran. Cari punya cari, jumpa kat Kg Baru. Aku nak gubahan tu nampak simple, senang nak dibawak dan kena guna bunga fresh semua. Untuk sebelah aku, memang upah orang buat sebab tak dak sapa yang free nak buat gubahan2 ni. Takkan nak suruh aku kot… memang idak le teman. Mana reti nak hias benda2 camni.

12 Februari 2011: Aku balik Dublin. Nak kena concentrate untuk final exam bulan 5 ni. But from time to time, kami dua dok discus jugak over the skype or ym.

5 Jun 2011: Aku sampai ke Malaya balik for good.

11 Jun 2011: Pi kursus pra-perkahwinan. Dua hari tu. tapi personally kursus camni memang bagus lah. Tapi bergantung kepada penerimaan orang yang mendengar ceramah2 ustaz2 dalam kursus tu la. klo memang berniat nak menimba ilmu, memang banyak la dapatnya. Klo setakat nak pi untuk dapatkan sijil kursus tu… memang dapat sijil saja la.

9 Julai 2011: Hari Bersih dan hari kami bertunang. Sila rujuk entry “Hari Bersih” untuk keterangan lanjut.

16 Julai 2011: Caterer untuk kenduri mai berbincang pasal menu kenduri, harga, bla..bla..bla.. Itu ayah yang uruskan. Aku tak campur sangat. Bila aku masuk rumah je, nampak ayah dah tulis cek bagi kat Pak Cik Harun (Caterer). Sebenarnya Pak Cik Harun ni adik kepada pak mertua kak aku. Dia baru nak buat catering kat area Pendang ni. Sebelum ni dia dok buat kat area Shah Alam dengan Melaka. Style ayah plak, kalo ada apa2 projek dan ada adik-beradik kita yang mampu buat… baik bagi kat adik beradik.

Ogos 2011: Haa… Selain dari bulan puasa, tapi bulan ini aku namakan bulan memanggil kenduri. Memang letih. Pastu yang free nak keluar pi memanggil pun hari jumaat sabtu saja. Cuma yang untungnya memanggil dalam bulan puasa ni, kita bleh pi banyak rumah dalam satu hari. Sebab tuan rumah tak jamu air apatah lagi makanan. 3 kali jumaat kami keluar memanggil. Dari Perlis sampai ke Seberang Prai.

Untuk persiapan kenduri ni… memang banyak la klo nak cerita. So aku rasa, aku buat kat entry baru la pasal kenduri no.. ni pun lenguh tangan dah menaip. Maklum lah, lama sangat dah tak pegang laptop. Hehe….

26 Julai 2011

Pejabat Agama

Memandangkan aku ni orang Kedah. Kawan baik aku tu plak orang Perak. Makanya, perlulah aku memohon ‘Permohonan berkahwin di luar daerah’ kat pejabat agama di daerah aku yang dicintai ini. But before that, as usual, there are forms to be filled in.

Langkah pertama, hang kena pi jumpa tok imam kariah hang. Mintak borang untuk dapatkan kebenaran nikah luaq daerah tu. untuk negeri kedah, borang tu sumua di dalam jawi ye. So kepada sapa2 yang berhajat nak berpasangan dengan orang kedah ni, cuba2 la bagi buleh baca jawi noo. Ada 3 jenih borang yang ada kat situ.

Setakat yang aku ingat masa pi kursus nikah kat SP aritu, ustaz tu kata kalo nak kawin dengan orang luaq daerah… yang ellaki tu isi borang am 1 dengan borang iqrar je. Yang keterangan pasal wali, saksi pempuan tu tak payah lagi. Tapi bila aku tanya tok imam, dia kata kena isi sumua. Tak puas hati gak, aku call pejabat agama. Sembang dengan timbalan tok kadi, pun dia kata kena isi sumua. So, aku isi je la….

Kebetulan nama2 saksi yang diberikan oleh bakal pak mentua aku tu…. orang jawa. So hang paham saja la nama depa camne. Pastu nak translate nama depa pi ke jawi tu pun haru gak. Pastu bila kerani pejabat agama mai nak baca…. Jadi bunyi macam2. Kalau tak silap aku, dalam nama tu ada nama “Benu” kot. Hurup E kan ada banyak bunyi; Emas, Epal, Elephant…. Haaa, mana satu bunyi nama nih. Pakat dok meneka la aku dengan kerani tu bunyi yang patut untuk hurup ni.

Kebetulan sebelah aku tu ada satu couple. Mai untuk nak buat permohonan nak nikah macam aku la. memang aku dah biingatkan oleh salah sorang kawan ayah yang pernah kerja kat pejabat agama ni. Akan ada sesi soal jawab sket dengan tok kadi sebelum dia bagi pelepasan. Dia kata dia tanya benda2 asas la macam baca fatihah, mengucap, istighfar… Camtu je.

Pastu kerani ni bagitau aku;

Kerani: Cik, mintak tunggu sat na. Bagi yang duduk sebelah cik ni pi masuk interview dulu.
Aku: ok.
Kerani: Err…. Cik, biasanya kalau interview dengan tok kadi ni lama sikit.
Aku: Owh… Takpa la. Saya kena tunggu la jugak macam mana pun kan?
Kerani: Hmm… Selalunya dalam 30 minit ke satu jam.
Aku: WHAT??? Satu jam?

Dalam hati aku dah gabra dah. Gila apa nak interview satu jam. Apa yang dia nak tanya nih? Klo setakat fatihah, mengucap, istighfar... Abih kuat baru 5 minit. Pastu yang baki 55 minit lagi tu nak buat apa? Takkan dia nak tanya hadis 40 kot? Itu macam melampau sangat….

Aku dak sedikit berpeluh dah lepas tu. tapi buleh berlakon cool lagi. Dah la aku dok bawah aircond, rasa nak menggigil pun ada. Tiba2 si kerani tu kata,

“Takpa la cik. Cik pi jumpa dengan timbalan kadi la. Cepat sikit.”

Aku memang dah pasrah dah time tu .
Nak dijadikan cerita. Timbalan kadi ni kenalan ayah dari dulu. Dia memang tak kenal aku. Ayah plak dok terselindung sket. Tapi bila dia tengok nama dengan alamat aku… Dia kenal la ayah.
Syukur! Dia tanya aku soalan biasa2 je;

Tuan haji: Kerja apa la nih?
Aku: (Senyum dulu) Saya baru abih belajaq. Tak kerja lagi. insyaAllah bulan 10 ni baru nak start.
Tuan haji: Bakal isteri kerja ka belajaq lagi?
Aku: Dia belajaq lagi la nih. Dok buat master kat UM
Tuan haji: Master apa?
Aku: Erm, dalam fizik. (Yang sebenarnya aku dah lupa apa nama bahagian yang dia study tu.. Yang terlintas dalam kepala aku “substance…..something”. Tapi tu salah….)
Tuan haji: Dulu belajaq kat mana?
Aku: Kat Dublin.
Tuan haji: Owh… rasanya ada lagi sorang kat tempat hampa tu yang mengaji kat sana gak kan?
Aku: Hmm, saya tak tau la plak ustaz. Kalau orang Kola Nerang ada la…

Last2, soalan yang macam tu je dia tanya aku. Tak sampai 5 minit siap la. Syukur senang saja urusan aku kat situ. Tapi sedikit panas rasa hati ni bila si kerani tu gempaq aku yang kena interview sampai satu jam. Buat letih je aku berpeluh kat situ. Huh! Tapi mungkin betul gak apa yang dia cakap tu. sebab brader yang kena interview dengan tok kadi tu tak nampak batang hidung lagi time aku keluar pejabat tu. Nasib hang la brader….

Hari bersih!

Waduh2…. Serabut betul la hampa nih! Awat lah hampa nak pilih hari ni gak? Aku dah plan dari bulan januari aritu lagi. Tengok2 hampa tibai tarikh ni gak. Well, on the bright side, memang tarikh ni akan diingati sampai bila2 la. Seb baik la time rombongan aku pi ke sana tu takdak jalan jem. Klo tak, memang hangin gak la aku.

Actually, untuk hari pertunangan aku ni, tak dak la kalut sangat . Sebab dari bulan januari lagi aku dah pi settle bab2 gubahan hantaran apa sumua nih. Bukan excited ka apa. Cuma waktu tu je masa yang aku ada kat Malaysia.

Plan mula2, nak hantaq 5 talam saja. Senang nak berusung pi mai pi mai. Tapi atas nasihat projek manager a.k.a kak aku, dia tambah pi 7 talam. Fine… Pastu time discuss dengan orang buat gubahan nih, naik lagi pi 9 talam. Adoi… Aku dah angkat tangan. Cukup la tuh… kesian kat sebelah sana nuh. Depa nak kena balas lebih 2 talam. Pastu yang susahnya aku la jugak nak bawak balik balasan hantaran depa tuh.

JUMAAT 08 JULAI:


1800: Dah janji dengan kedai tu untuk ambik gubahan2 ni kol 6 petang. Ye la… Buat guna bunga fresh. Mana buleh amik awai2… Kecut la satgi. Actually aku pun tak tau bunga apa yang kedai tu pakai. Rasanya macam bunga kekwa. Hampa tengok la sendiri. Tapi yang pastinya, ada bunga paku pakis. Yang tu aku kenai sangat2.

Since barang2 gubahan ni nak kena jalan jauh…So aku dah prepare 9 kotak yang agak2 muat dengan talam hantaran tu. Just nak make sure talam2 tu nanti dalam boot kereta tak bergoyang sana sini. So dah settle bayar kat kedai tu, abang aku bawak balik barang2 hantaran dia ke Kulim. Aku pulak, balik ke rumah.

2130: Punya la susah nak tutup kedai. Ada je orang datang. Bila mai time lengang sikit ja… Terus cepat2 tutup pintu. Then pi ke rumah mak ngah ( mak mertua kak aku) yang kebetulan orang tempat aku ni jugak. Hambik hang, elok sampai depan rumah dia… Penuh dengan bungkusan plastic. Aku pun heran. Rupa2nya dalam tu ada buah manggis, 4 biji cempedak, rambutan, durian 12 bijik. Penuh belakang pick-up ayah aku nih dengan buah2 dari dusun mak ngah.

2315: Sampai ke Kulim. On the way tadi, kereta dok ada jugak, tapi jalan Jeniang-Kuala Ketil tu banyak selekoh yang dekat2. Memang susah la nak potong. Nak menambahkan sakit hati lagi, depan tu ada plak kereta2 yang drive slow nak mampoih… ada ka patut lari 30-40 km/j. Panas je orang yang ikut belakang nih.

SABTU 09 JULAI:

0730: Kami gerak dari Kulim Hi-tech. Plan nak ikut Serdang then naik highway kat tol Bandar Baharu. Kat tol tu, ada lagi 1 roadblock. Tapi takdak masalah apa la. Kali ni, aku drive kereta proton saga 1.3 FL abang aku. Mula2 aku ada masalah sket la dengan system clutch kereta ni. Macam tinggi sket. Apa lagi, abih tersengguk2 pak ngah yang dok sebelah aku. Dah macam budak baru dapat lesen P aku bawak. Tapi bila kat highway, ok la. setakat nak lari 110-120 km/j tu tak dak masalah. Tak dak la bergegar satu kereta. Tapi bunyi bising sket la.

0915: Sampai kat R&R Sungai Perak. Actually sebelum tu, kami berenti sat kat tepi highway. Sebab anak sedara aku yang baru 3 tahun tu nak terkencing plak dah. Haru betul… Kebetulan ada pondok2 kosong kat area R&R Sg Perak tu. Berkelah sakan la kami. Dengan nasik lemak la, karipap, cucuq badak. Pastu ada plak 1 bas budak sekolah dari Batu Kurau mai lepak kat pondok sebelah. Ingatkan nak pi Bersih 2.0, rupanya nak jalan2 kat Cameron Highland.

1100: Sudah sampai kat exit Tapah. Tunggu sepupu aku (anak Pak Jang) yang dok kat Slim River. Pukul 11.15 baru depa sampai. Then kami gerak pi Pusat Latihan Pertanian Degong. Ni dah dekat dah dengan rumah kawan baik aku tu. Situ, kami prepare talam2 hantaran sekali dengan tapak dulang tuh. Nak dijadikan cerita, sepupu aku ni beria-ria nak bagi kek. Ok la.... Tapi sekali bila buka kotak kek tu, nama orang lain daaa....Adoi... Sapa pulak la Nor Hafizah nih??? Apa lagi nak buat.. Redah je lah!


1210: Kami mula gerak dari PLP Degong nih. Dalam 5 minit camtu, sampai la ke rumah yang di tuju. Sungguh pun kereta ada aircond… Tapi aku dok berpeluh gak. Adoi… Dalam hati dok kata, kena praktis teknik pernapasan nih. Untuk control gemuruh!.


Memang la bukan aku yang cakap, tapi cuak la jugak. First time aku jumpa dengan pakcik makcik2 dia yang berketi2 laksa banyaknya. Kalau nak bubh pangkat kat pak2 sedara dia macam pak lang, pak long tu... rasanya sampai tak dak istilah dah kot. Haa... punya la banyak baq hang! Macam yang dijangkakan, aku kena dok luar la. Udah la dalam kereta beraircond pun aku dah berpeluh, ni kan plak dok kat luar rumah, takde kipas, angin pun tak mau hemboih!. Memang jem! Baju aku ni basah jangan cakap la… Pastu dok plak dengan 3 orang pakcik (jiran2 depa aku rasa) dok sembang jalan mana dari Teluk Intan ke Sungai Petani paling cepat?

Aku ni pun bukannya tau sangat nama2 tempat yang depa sebut dalam loghat Perak dia tu. Pastu dia dok kata ;

“Aritu awak drive ikut Pengkalan Hulu. Sampai SP 4 jam je!” (Sambil tengok ke arah aku)

Memang la aku pernah pi Kelantan pasal kenduri Kamal aritu. Memang 4 jam aku drive. Tapi tu dari Kulim pi Pasir Mas. Bukan SP. Awat yang dia dok kata aku pi SP ikut Pengkalan Hulu 4 jam je?

Gila ka apa?

Dah blur2 camtu…aku dok diam je la. Dalam hati dok kata “ Mampoih la aku kalau nak duduk sini nanti…”

Aku ingatkan majlis cakap2 time tunang ni mau dekat 30 minit camtu. Rupa2 nya….sat saja. Dalam 15 minit lebih je kot. Tapi syukur gak la depa cepat abih. Kalau dak, memang mati kutu aku kena melayan pakcik yang aku tak berapa nak paham bahasa dia tu. Dia kata asal Bukit Mertajam. tapi gaya cakap memang tak dak bunyi utara langsung.

Skang adalah sesi makan. Ada ayam berempah, ada gak macam gulai lemak cili padi. Agak banyak la kuah gulai tu aku amik. Makan2 je…. PEDAS! Arrgh…. Takkan nak melompat kot. Kang kensel yang ikat tunang tadi bila tengok aku ni separuh siuman terlompat2. Celapak aku pi cari ayer sirap. Huh…

Next adalah sesi fotografi. Aku dah pesan kat kawan baik tu. Mak aku ni sakit lutut. So once dia duduk, settlekan siap2 nak bergambar apa sumua tuh. Aku bukannya pandai nak bergaya depan camera nih. Dan2 nye jadi muka serius.alahai… Apa buleh buat, dah itu je posing yang aku reti.


Tapi tu la…masa depa dok tangkap gambaq tu. Memang terasa macam artis dah. Ramai kemain yang dok pegang kemera. Tu kira ok la.. Ni yang photographer upahan ni, dah la slr di tu ada benda yang zoom in-out tu… dia letak betul2 depan lubang hidung aku. Telan air liur gak aku time tu. Sabar je la melayan…

Actually, bila aku masuk ke ruang pelamin kecik tu… aku tergamam sat. Mau taknya… Lain sangat dah kawan baik aku nih bila kena make-up. Maksud aku “lain” yang positif la. She looks gorgeous! I really meant it. Tetiba terlintas dalam hati, “Eh, ni betul ka dia? Jangan dok buat aku tersalah tunang dengan orang lain sudeh…”

1345: Rombongan kami mula bergerak balik. Sedaq tak sedaq, dah sejam lebih kami kat situ. Bakal pak mentua aku tu kata dia panggil adik beradik je. Klo dah adik beradik pun dah penuh rumah… Memang kena buat buku la aku nak ingat sumua nama2 unties, uncles, cousins…. Good Luck to me!

Tiba2 masa dok susun barang2 hantaran balasan dari pihak pempuan tu, ada orang tanya;

“Sapa ada tinggal cincin kat dalam rumah?”

Aku dok ingat, cincin yang nak bagi kat kak kawan baik aku ni dah sebab langkah bendui. Rupa2nya bukan cincin tu… Cincin abang ipaq aku! Adoi….

Malam sebelum tu, dia dok melawak dah. Klo isoknya kami terlupa nak bawak cincin, pakai je cincin dia yang ada batu besaq gabak tu. FREE… Tengok2, dia sendiri yang tertinggal cincin tu. Memang macam2...


Well…itu la sedikit sebanyak laporan yang buleh saya sediakan. Sumua orang hepi. Seb baik tak dak pakai pantun2 ka apa… Klo tak, tak tau la camne. Memang tunggang langgang la gamaknye. Maka, bermulalah sudah satu episod baru dalam hidup aku. Sebagai tunang orang. Harap2nya dipermudahanlah segala urusan hidup aku nih. Banyak lagi proses2nya.


p/s: tgk people, blom apa2...dia dah buat penaya aku. huhu

16 Jun 2011

Tempat aku dah internasional?

Hang habaq saja nak sapa? Bangla? Indon? Myanmar? Mun? Pattani? Siam? Vietnam? Sumua ada… kadang2 tu serabut gak la dengan puak2 ni. Salah satunya sebab masalah bahasa la. Dia sebut lain, aku paham lain. Adoi…

Insiden 1:

Pekerja kat kedai ni nama dia Lan. Ada minah ni, orang Pattani yang buka kedai makan kat simpang 4 nu nak suruh Lan pi hantar barang ke kedai dia sat. Kebetulan La nada kat stor belakang time tu. So minah tu tanya aku;

Minah tu: Pak Lang mana?
Aku: Haa? Pak Lang mana? (Dalam hati; hang ingat hang ni artis ka apa? Sampai aku buleh nak kenai pak lang hang sapa)
Minah tu: Dok… Dok… Bang Lang?
Aku: Owh… Lan ka?
Minah tu: Yo la… Bang Lang. Bang Lang.

Yang orang kerja aku ni pun satu. Tau la asal Ganu. Masa mula2 dulu, kalau hang panggil dia Lan, tak menyahut oo... Tapi kalo sebut Lang, pusing slalu! Letih gak cmni...

Insiden 2:

Orang siam mai nak beli topup celcom 10 ringgit. Dah la cakap melayu laju, pastu campur dengan loghat dia lagi.. itu yang sampai aku dengar “Telom 10” instead on “Celcom 10”.

So aku dengan dengan bersangka baiknya, pi la amik teloq ayam 10 biji. Pastu dia gelak. “Dak… Dak… Telom 10” (sambil buat isyarat bercakap guna phone). Mampoih gak, sampai ke sudah dia dok sebut telom 10 tu la… Suka hati hang lah!

Insiden 3:

Indon mai nak beli topup DIGI. Sebutan di-gi dia tu unik sket. Selalunya kita pronounce “-GI” tu macam giraffe kan? Tapi dia bantai sebut “-GI” macam gigi. Memang lawak la dengar.

Insiden 4:

Rasanya orang Mun kot. Nak beli ais batu. Kebetulan time tu kami tak sempat nak transfer ais ke dalam tong oren di luar peti ais lagi. Dia tengok dalam tong oren tu kosong lagi. Pastu mai la tanya aku;

Orang Mun: Ett 5 kupang mana?
Aku: Ett?? Apa tu?

Mamat tu tak tau nak describe macam mana, so tetiba dia menggeletar satu badan! Mata nampak yang bahagian putih tu je… semua orang lain dalam kedai tu dok usya kat dia. Aku dah haru dah.

Awat mamat ni? Jangan nak buat sawan khinzir kat sini plak!

Rupanya2 dia nak describe ais batu. He goes a very long way to tell me yang “ett” tu satu benda yang sejuk. Alahai…


Well, memang menghiburkan la bila jumpa macam2 jenis orang ni… Serabut pun banyak. Cumanya kalau ramai sangat immigrant camni… menakutkan gak. Depa ni kalau dah ramai jadi samseng. Buat masalah macam ni kampong tokwan depa punya. Kalau depa tak dak pun tak leh gak! Sapa nak pi motong? Anak2 peneroka banyak yang keluar pi bandaq. Aku nanti 2-3 bulan pun lambung sama la. Hehehe…

Pesan orang tua

Tak tau apa pasai… tapi tetiba ayah aku buka topik pesan orang tua2 dulu. Ni berkisar kepada sistem kemasyarakatan orang dulu2. Dia kata, orang tua2 dulu pesan ada 4 golongan yang kalau hang benci macam mana pun, tapi hang tetap kena buat baik kat depa.

a) Tok imam
b) Orang berilmu/ ustaz/ cikgu
c) Tok bomoh / pawang/ doktor
d) Orang kaya

To my surprise, ada logiknya jugak pesan yang ni. Ye la, sebelum2 ni… kalau dengar “pesan orang tua2” mesti yang pelik2. Contohnya;

“Jangan lari bawah ampaian. Nanti pening kepala”

Why? Why? Awat tak explain je terus yang takut baju jatuh. Nanti nak kena basuh lain. Kan lagi senang? Tak perlu nak menakutkan budak2 dengan benda2 yang pelik2.

Ni antara logik2 yang aku buleh pikiaq dari pesan ni. Kita memang memerlukan tok imam. Bukan sekadar untuk sembahyang jumaat, tapi nuu… urusan nikah kawin, mati, tempat rujukan & belajar ilmu agama. Banyak lagi la... Orang berilmu pun lebih kurang gak la… untuk mendapatkan ilmu.

Tok bomoh/ doktot… Kalau hang sakit, depa ni la hang nak terpa pi cari dlu. Dah kalau hang dok buat kurang hajaq dengan depa, mau ka depa tulong? Orang kaya plak bukannya untuk nak pi mengampu. Tapi nak mintak tulong kalau sesak2 sangat. Paham saja la zaman dulu, pakat susah belaka. Hang dapat straight A dalam periksa pun belum tentu buleh masuk U kalau hang miskin. Bukan macam la nii…

Kalau kita sesuaikan dengan sociopolitik orang dulu… memang betul sangat la pesan ni. Dulu berapa orang sangat yang terpelajar? Nak cari yang lepas 4 senawi sekolah arab pun buleh bilang dengan jari je… Orang kaya? Tok bomoh? Bukannya ada kat tiap2 kampung. Kalau ada satu pun dah cukup bertuah dah! That’s why orang tua2 suruh buat baik kat depa2 ni.

Even la ni pun, kita tetap kena buat baik dengan semua orang. Cuma la ni makin banyak orang kaya, doktor, orang berilmu kat satu2 tempat tu. Hang pilih je nak pi yang mana… Jadi takde la kritikal sangat macam orang dulu. Tapi, kalau kita buleh buat baik dengan semua orang, kan lagi bagus? =)

Lagi satu, kalau hang ni tersenarai dalam 4 golongan ni… Tak kira la hang ni ustaz ka, doktor ka… Akhlak, pergaulan kena jaga. Pastu kalau buleh, cuba la mix dengan semua orang. Especially orang tua. Tak ada rugi nya kalau kita jadi “hemoi” sket.

Hemoi?? Menatang apa tu?

Haa… ni aku nak habaq. Hemoi tu beramah mesra la… Bertanya khabar.
Sebab orang tua2 ni la kalau kita hemoi dengan depa, banyak ilmu yang depa buleh peturun kat kita. Tak semestinya pasal ilmu saintifik. Maybe pasal asas pertukangan kayu or simen nak buat rumah ka? Atau jenis2 racun rumput yang bagus ka? Benda2 ni mungkin takdak kaitan lansung dengan kerja seharian kita. Tapi sapa tau kan? Mungkin nanti kalau kita tau sikit pasal benda2 ni akan memudahkan kerja kita berkali2 ganda, tak kena tipu… etc2.

Hmm, habih2 je syarahan ayah aku pasal pesan orang tu ni… Sedaq2 je kami dah kat Kg Kura. Maknanya, dah lebih 7 km ayah dok berhujah pasal topik ni. Adoii…

Pemikiran!

Sorang kak ni, masuk kedai sambil pi ke bahagian teloq ayam. Tapi teloq ayam dah abih, petang satgi baru nak sampai. Aku time tu plak jadi cashier, dok tengah bagi duit baki kat sorang brader ni, beli rokok.

Kak: Dik, teloq tak dak ka?
Aku: Sori kak, abih. Petang ni baru sampai.
Brader: Hahahahaha…
Aku & Kak: ???????

Blur aku! Awat brader?? Bantai gelak kemain lagi. Aku tak rasa ada lawak apa pun, x rasa aku salah cakap.

Rupa2 nya, dia gelak bila kak tu tanya aku “teloq tak dak ka?”. Bengong betoi! Tak tau la kat tempat hampa macam mana. Tapi teloq ni, kalau dalam bahasa lucahnya… refer kepada testis. Hadoi… pemikiran……… lucah seyh!

12 Jun 2011

Kursus

Hari ke-7 aku di Malaysia. Lepas ni mungkin aku tak kira dah kot brapa hari aku dah balik. Malas! So far, sangat2 hepi. Mula sibuk dengan planning, kerja2 untuk menyempurnakan projek bulan september nanti. Sakit pinggang baq hang...

Semalam, aku pi hantaq sofa kak aku tu ke Aloq Staq. Kat dengan Fella Design. Adoi.. rasanya macam nak terbit "Pilonidal sinus" dah kat pungkoq aku time drive lori tu. Padahal baru 1 jam driving. Tu tak kira lagi kami dua dok bergoncang2 dalam lori tatkala melalui jalan yang berlopak sana sini. Lagi sikit je nak sama macam yang kat Taman Negara Sepilok tu, bergayut kat dalam lori kami dua ekoq....

Kak aku pulak dok sakit perut time tu.. Memang perfect timing la naik lori. Padan muka dia!

Arini, aku pi kursus kahwin. Overall, ok la kursus tu. Lama dah tak dengaq ceramah dalam loghat utara. Satu ustaz tu cerita pasal harga hantaran orang dulu. Katanya klo ada 300 ringgit, memang buleh buat kenduri besaq dah.

Duit hantaran: 200
Ayam: sekoq sekupang. Mana nak dapat la nih? Taik ayam pun sekilo 6 kupang
Lembu: 25 ringgit
itu tak termasuk dengan beras, kambing, ulaq tedung sela, bewak...

gila apa nak jamu orang tedung selar + bewak??

Pergh..memang heaven la klo buleh buat camtu hari ni kan? Tambah2 plak klo hang dapat bini orang kedah. Jangan berangan la cheq oii! Memang x menjumpa la 200 ringgit tu... Paling2 lekeh, mau 5 angka.

Sebab tu aku cari yang luaq kedah...=) Selamat duit aku. Tapi takde la selamat sangat. Sebab nak kena cover kos transportation plak. Adoi... Bak kata pepatah moden, nak elak digigit kongkiak... terkena pula sengat temingat!

Dulu aku dok terpikiq nak cari anak yatim piatu je. Yang tak dak mak pak. Senang time raya nanti, balik raya rmah parents aku je. Tapi memandangkan keadaan sosial skang... Tak berani aku! Ntah anak sapa2 la aku nak rembat tu. Ntah halal ntah haram. Having said that, jangan nak discriminate plak golongan ni. Yang jadi haram tu atas salah parents dia. Bukan dia. Layan lah dia dengan seadilnya.

Good news people! La nih dah ada kad nikah. Ala...macam IC tu. Tapi kena bayaq 40 ringgit la. Tapi ok la kot dari nak kena usung sijil nikah tu. Macam dah tak dak kerja kan nak bawak scroll sijil nikah nak pi jumpa bini.

Ok la...nk kena tido dah. Isok nak pi awal lagi ke kursus tu. Siap ada Latihan Dalam Kumpulan lagi. Alahai... Apa la aku nak merapu dalam LDK tu?

04 Jun 2011

From Dublin With Love

Pukul 4.39 pagi, Sabtu. Lagi 13 jam sebelum mengorak langkah pulang. Rasa hati bercampur baur. Hepi… Sedih… Excited… Letih… Semua ada.

Aku rindu kan Dublin. Kata orang, rasa rindu itu datang melayang bila tiada di depan mata. Tapi aku kata; rasa rindu itu buleh terbang menghempap muka hang walaupun hang dok kat Dublin lagi. Camne?

Macam2 kenangan menjelma semula... Dari masa mula2 aku jejakkan kaki ke sini. Sampai lah dah nak balik.

...Macam mana aku tergamam dengar accent Cork
...goreng ayam sampai hangit
...bersahur dengan stranger yang mabuk
...dapat flying kiss dari neighbour budak Poland
...bershopping dengan makcik umur 87 kat Tesco
...kayuh gerek dengan berbaju melayu lengkap ke Malaysian Hall
...missed definition test dari prof. yang paling digeruni kat Holles St.
...berhari raya di Donegal sorang2
...kena maki dengan consultant depan patient
...basikal dicuri orang
...terkagum dengan mamat polish yang belajar English thru conversation only without formal classes.
...buat bisnes burger untuk tabung rumah
...paip rumah bocor, abih basah karpet
...ter'join' kawan2 beli lotto by mistake

So on so forth…

Ah, terasa berat sebenarnya aku nak balik ke Malaysia nih. Aku masih merasakan aku adalah sebahagian dari Dublin. Padahal berapa jam lagi pasti aku akan menghulur salam perpisahan kepadanya. I’m sorry Dublin. But there are a lot more people who are highly important in my life, waiting for me in Malaysia.

Sampai ke tika ini, aku masih tak boleh tune kepala aku ke lagu “Balik Kampung”. Instead, “Doa Perpisahan” pulak yang timbul. Tetiba terasa syahdu… Well, I think it’s alright in fairness. It’s like my little own world in here dengan kawan2 . After all, 5 years MBBChBAO programme isn’t a piece of cake. Untuk kawan2 “maistudyresyear”, you all are the best!

Tanjung Katung airnya biru,
Tempat mandi nak dara jelita,
Sama sekampung hai sedang di rindu
Inikan lagi jauh di mata.

Melompat Lebih Tinggi!


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq 1-5)

03 Jun 2011

Conferring Ceremony

Semalam antara hari yang gumbira bukan kepalang buat aku personally, dan untuk seluruh batch MBBChBAO UCD ’11 in general. 2 June 2011... Unlike style university kat Malaysia, sini takde pesta konvokesyen ye. It happens throughout the year. Tak payah tunggu bulan 9 or 10 untuk konvo.


It is a very nice, very formal in the beginning,and later became more casual, a very well put event. Yang graduate hari ni adalah dari School of Medicine & Medical Sciences (SMMS). So, termasuk lah medicine, nursing, physiology, masters, PhD, and 2 honorary degrees.

Awal2 pagi lagi aku dah keluar. Pukul 7 pagi. Majlis start pukul 11 sebenarnya. Aku kena pi tulong photographer set up tempat. Itu yang beriya awal. Ni geng post-grad dari Malaysia yang offer servis gambar ni. Murah sket dari yang UCD offer, tapi itu la… Tempat kena cari & set up sendiri la. Pukul 8.30, buleh pi ambik jubah dah. Then terus ambik gambar sorang2.



Ada 18 orang nak kena ambik gambar dalam tempoh 2 jam. Berpeluh la jugak photographer tu. Aku sekali pun tumpang ketaq sama… Mana dengan budak pempuan dok mekap punya la lama... Lama sungguh baq hang! Depa mai dalam pukul 8. Pukul 10 tak abih mekap lagi. Berat2!


Then settle amik gambar, kami gerak ke O’Reilly Hall. Pi register, aku numbor 115. Sebab dia susun ikut nama. Aku ingat aku dok belakang… Rupanya aku dok depan sekali. Kira buleh la nampak professor2 aku tu pakai kasut apa. Sambil diiringi music, violin, trumpet, ada lagi la… Aku pun tak tau nama apa. Suka aku sangat2 mendengar music tu. ada pesona kegembiraan di situ.

Yang uniknya, bila President dengan Dean nak isytihar penganugerahan degree tu, depa guna bahasa latin. Even kat degree yang aku dapat tu pun! Yang aku buleh baca… Nama aku saja la. Dah camni protocol konvokesyen dia dari mula2 universiti ni established. Walaupun tak paham, tapi best!





Minum sket then… Bergambar! Time tu la nak jumpa kawan2 lain. Lepas ni takde dah! I am so happy walaupun masa mula2 tadi macam sedikit down sebab parents aku tak mai. Seb baik time tu aku dok sibuk dengan photography session tu, takde la terpikir sangat kot…

Cuaca kat luar pun sangat sunny. Everything is so perfect! Jumpa dengan pegawai MARA & JPA Ireland, education attaché, kawan2 dari Trinity & RCSI, juniors...

Hepi...hepi...hepi =)

02 Jun 2011

Jalan County Dublin

Hari ni, demam2 pun aku gagahkan jugak keluar. Boring kot dok lepak rumah je. Orang lain dah hepi2 dengan family, aku? Takkan nak layan jiwang sensorang kot. So aku decide nak pi ke tempat aku buat praktikal GP November last year.

Skerries nama dia. Sekali sebut bunyi macam “scariest” kan? Actually nama Irish tempat ni “Na Sceiri”. Tapi British mai, tukaq pi Skerries. Anyway, cuaca pun menyebelahi aku. Memang cerah cantek punya. Padahal masa aku tunggu bas depan rumah tadi macam mendung je.

Target aku kat Skerries ni adalah windmill dia. Antara yang terunik la… Hang tengok la sendiri gambaq dia.


So, kita bermula dari city centre. Cari bas 33. Hang nampak dak apa dia tulih tu? “Skerries via Rus”. Sejam 10 minit gak la aku dok melompat dalam bas tu. Jalan dia sempit, pastu banyak kona plak… Aku dok terpikir macam2 dah kalau bas ni terbalik, mana aku nak lari. Actually, sejam je tapi dah ada construction plak. Mau 10 minit lebih gak stuck kat situ.


Sampai je kat pekan Skerries tu, dah ada signboard ke tourist office & windmill. Sebenarnya, aku teringin nak pi situ time aku buat praktikal tu lagi. Tapi mana sempat maa... Keluar rumah kol 6.45 pagi. Balik kol 8-9 malam. Letih woo…


Tadaa.... Haa, amacam? Lawa kan? Dengan angin laut sepoi2 bahasa, matahari panas elok je. Memang perfect!


Mengikut tourist guide tu, kat Eropah ni, ada 3 je windmill yang pakai 5 kipas ni. 1 kat Skerries ni, 2 lagi kat Uk dengn France...


Ada 5 kipas dikira unik la sebab biasanya windmill yang lain pakai 4 atau 3 kipas je. Tapi masalahnya bila pakai 5 kipas, maintenance cost dia lagi tinggi dari yang pakai 4 kipas!


Kincir air ni plak, well, dulu kan tak dak elektrik. Guna ayer ni la nak create kuasa mekanikal untuk gerakkan mesin proses biji gandum jadi tepung. Sumber air; 3 sungai yang telah di"divert"kan ke dalam kolam buatan sebelum disalurkan ke kincir ayer ni. Bersungguh2 si tourist guide tu try nak bagi benda ni jalan depan aku!

Kat tempat ni jugak la, depa dok buat roti. Disebabkan perang dunia dulu, abih kilang roti kat Dublin kena bom. Yang kat skerries ni je yang terselamat. Sebab tu dulu sini ada oven yang buleh masak 400 biji roti at 1 time.

Yang unik kat pekan Skerries ni adalah tanjung dia. Kat sini la satu2 nya tempat di east coast Ireland yang mengadap west coast. Kiranya depa buleh tengok la matahari terbenam sambil tunggak arak tu! Tempat lain kat east coast ni buleh tengok matahari terbit je la...


Tangkap gambar sendiri sket! Ni la masalah dia kalau hang travel sorang2, pastu takde orang lalu kat tempat hang nak amik gambaq tu. Senget merata gambaq aku nih!

Masa nak tunggu bas tu, jumpa plak 3 minah Amerika. Mai jalan2 Europe. Katanya esok nak pi ke Wicklow Mountains. Ala... macam cerita p/s i love u to la... Tu mesti dok berangan buleh jumpa mamat Irish masa sesat kat gunung tu nanti. Macam2!


Lengang je pekan Skerries ni. Aku memang berkenan sangat la camni. Tak payah serabut2. Sumua kemudahan asas ada. Sekolah, klinik,kedai barang, laut, pemandangan yang cantik, orang dia ramah. Apa lagi hang nak?


Tak cukup kat skerries tu, aku langgar plak pi rumah education atache. Dia buat jamuan perpisahan. Memang menjilat jari! Ni dah sampai rumah, mata pun dok lali je la. Mengantuk....huarghh.... Hidung dok berair lagi. Huhuhu..

30 Mei 2011

10 Things I hate About Dublin

1) Orang mabuk:
Orang sini memang kuat minum. Paling mangkuk bila orang mabuk naik bas. Bau napas dia….perghh… Buatnya dia termuntah ka apa dalam bas tu? Tak ka haru... Macam nak bubuh penyepak je kat muka dia tu. Bagi dok diam!


2) Bas No. 11:
Setakat tunggu sejam tu… kira lumrah alam. Normal. Tua muda sumua terseksa… Jadi la pak pacak kat bus stand tu. Pernah makcik tu perli drebar tu;

”Are you lost? Jezz, I’ve been standing here for an hour you know!”.

That’s why kalau hang nampak je kelibat bas 11, jangan galak nak tangguh2, nak pi shopping lagi ka apa... Run if you must! Save your time standing in the cold wind. Otherwise, u’ll regret it.

Lagi best bila dah tunggu 1 jam lebih tetiba mai 3 bijik bas 11 berturut2. Rasa nak meraung je kat drebar tu.

3) Parking kereta:
Kalau kat city centre tu, paling murah 2.70 euro sejam. Berdarah la jugak kalau nak pi shopping lama2. Tapi kalau dah beli banyak barang, takkan hang nak angkut masuk bas. Pastu ada hati nak amik bas 11… Huh, lupakan je la.


Lagi satu yang leceh nak masuk city centre ni… tak semua jalan, kereta persendirian buleh lalu. Kalau yang main street tu, biasanya bas dan teksi saja la. Tapi, aku ada gerek je la... mana mampu nak cari yang bertayar 4 ni. Hehehe...

4) Party kat rumah:
Tak tau la camne design rumah kat sini. Concrete tapi buleh je dengar orang sebelah rumah dok gelak2. Especially kalau jiran hang tu budak U. Dok parti je tak abih2. Menjerit, nyanyi lagu apa entahnya… Pastu pakai heels plak, memang dengar la every step dia jalan. Sorang dua takpa la, kalau 10 orang pakai heels then ditakdirkan esoknya hang ada final exam. Apa perasaan anda?

Tu hang tak kira lagi bunyi2 yang tak sepatutnya didengar jiran (ala…. aktiviti dalam bilik tu antara dara dan teruna). Pasrah2!

5) Lepas abih lecture:
Depa ni memang born as chatters kot. Dalam lecture sembang. Keluaq lecture hall tu, immediately lepas lalu pintu… dia berenti kat situ. Join kawan2 bersembang. Abih tu, yang orang dalam lecture hall ni memang tak leh keluar la. Sebab dia dah block pintu keluar tu. Sengall!

6) Buang hingus:
Imagine when you blow your nose inside the lecture hall. Bergema 1 hall tu kot. Aku memang kurang berkenan dengan habit ni. Geli pun ada! Tak buleh ka keluarkan hingus tu slow2? Terganggu konsentrasi orang lain…

7) Nightlife:
Yang bukak, kedai makan dan pub je. Kedai2 lain kol 6 petang dah tutup dah. Khamis je yang buka sampai kol 7-8 camtu. Takkan nak pi tumpang tunggang arak tu sekali kot? Lengang je bila lepas kol 8 malam tu. Jangan mimpi la nak lapak kedai mamak ka apa. Memang tak dak.


Tapi lawa kan pemandangan malam dia? Bermandikan cahaya lampu neon gitu...

8) Cuaca:
Berangin, berhujan, berangin. Itu je… Tak kira musim; summer ka, spring ka... hujan je memanjang. Payung memang tak berapa digalakkan. Better pakai baju hujan je. Kalau hang sanggup beli payung tiap2 kali hujan, haa.. sila la pakai payung!


9) Kedai basikal:
Aku pi ke bike shop dalam university. Dia suruh aku buat appointment dulu... Fine! Hang tau brapa lama? 7 hari!! Oih, aku nak tukaq getah brek je pun, takkan nak tunggu 7 hari? Beratt….


10) Bomb threat:
2 kali pernah aku lalui detik cemas. Paling cuak time aku baru 3 minggu sampai sini. Dalam bas ke city centre. Tetiba drebar bas bagi tau, bas kena divert ke jalan lain. Sebab ada bomb threat kat O’Connell Bridge. Aku ketaq gila time tu. Umur baru 19, masih single, Europe pun tak jalan lagi… takkan dah kena bomb? Baik dok Aloq Setaq camni… Takat meriam buluh tu, apa la sangat kan?


Tapi, aku yakin bila dah balik Malaysia nanti... Mesti aku teringat punya benda2 macam ni. Well, ni adalah berdasarkan pengalaman aku saja. Mungkin orang lain pikir macam lain.

Dan, banyak jugak pengalaman maneh aku kat sini. Cuma tak kena la dengan entry kali ni ye. Next time, ok?

28 Mei 2011

Lencun

Melihat budak2 sekolah Muslim National School masuk ke dalam masjid time khutbah jumaat tadi, membawa aku balik ke tahun ’97 untuk beberapa saat. 80 orang kot jumlah budak2 ni. Macam2 kaler dok ada. Hang habaq ja nak kaler apa? Dari yang layak sangat2 dah masuk “Geng Black” hingga la ke putih melepak. Tapi majoritinya asal dari middle east la...



Ni la rupa Muslim National School. Sedaq tak sedaq, dah 21 tahun dah sekolah tu buka. Tapi jangan la expect design dia macam sekolah kat Malaysia. Biasa2 je. Tapi ni state-funded tau. President Ireland yang mai rasmi...

Walaupun Masjid Clonskeagh ni besar… tapi jemaah dia pun buleh tahan ramai. So untuk menyenangkan cikgu-cikgi dia nak control budak2 ni, pengurusan masjid dah designate siap2 satu penjuru kat saf belakang tu untuk budak2 ni time sembahyang jumaat.

Tak tau la hang penah jumpa ke dak dengan budak2 arab. Buas & kasaq. Well, maybe tak semua tapi kebanyakan yang aku dok jumpa… camtu la. Bergurau tu, kalau ikut standard melayu aku ni, memang kasaq la. Setakat bagi kawan jatuh tergolek tu, n.o.r.m.a.l…

Terbayang aku masa darjah 5 dulu lepas kelas “Quran tajwid”. Sebenarnya nama ni agak misnomer. Sebab kami belajar gak tawhid, feqah, sirah, bahasa arab apa semua tu… Nama sebetulnya adalah “Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)”. Tapi last2 jadi kelas Quran Tajwid gak!

Kelas KAFA ni 3 hari je seminggu, ahad sampai selasa. Rabu dah ada Ko-Q, khamis baru free. Dia start kol 2.30pm – 5pm kot. Tapi selasa kelas abih awal, sebab kena jemaah asaq kat masjid depan sekolah. Tu masjid lama sebenarnya. Tak pakai dah la ni.



Gambar2 ni aku ambik dari website JAKIM. Depa buat program "Kembara Qiyam Syukran" kat situ tahun 2009. Macam aku cakap, masjid ni tak pakai dah. La ni dah convert jadi kelas agama untuk budak2. Tengok gambar yang budak2 laki dok kerat pokok2 bunga tu? Pernah je aku sembahyang raya kat atas tar tu... Punya la ramai rakyat felda aku. Sebab tu depa buat masjid baru.

Yang area budak pempuan dok bersihkan ni, tempat aku dok lepak masa sembahyang jumaat. Kawasan tu memang penuh dengan budak2 je. Pernah sekali tu, tok imam buat rush. Dia pi halau budak2 yang dok lepak atas motor kat luaq pi masuk masjid. Hmm... tapi itu memori dulu la.

Dah nama pun budak sekolah rendah. Bukan nya ketahuan kepala ekoq sangat. Bayangkan la ada lebih dari 200 orang budak laki berebut nak wuduk. Memang bizi dan hingaq gila la kat bilik tu. Kolah wuduk dia ni besar dan tinggi. Ada 4 ke 5 anak tangga kena naik untuk nak ambik wuduk. Kawan aku ni time tengah bertinggung elok punya nak berwuduk kat kolah tu, tetiba ada orang mai tolak dia dari belakang!

Haa, apa lagi… Jadi penyelam olimpik la kat dalam kolam tu. Orang lain guna swimming trunk, tapi dia bersongkok baju melayu siap ada beg sling lagi. Bergaya sungguh!

Aku time tu baru abih ambik wuduk kat panchur. Memang sempat melihat aksi bersejarah tu. Semua orang terdiam untuk beberapa saat... tergamam! Pastu semua pakat bantai gelak la. Kesian kawan aku tu, rasanya itu la kali pertama dia sembahyang asar berjamaah menggigil, baju basah lokoih. Plan nak pi pasar malam pun kensel. Nasib badan...

Ustaz yang jadi penyelia petang kat kelas KAFA tu geleng kepala je la tengok. Nak buat apa lagi dah. Tapi kawan aku ni memang jadi legend la lepas tu. Hero terjun kolah masjid!

26 Mei 2011

Mengundang Jauh


Aku beli buku ni during the 1st few months selepas masuk ke sebuah kolej di Banting. Sebelum habis SPM, aku pernah la dengaq nama kolej ni beberapa kali. Kononya senior2 yang “power” akan pi ke sini la before fly overseas. Buat program persediaan.

Dalam kepala dok terbayang dah sebuah kolej yang gah, moden, penuh dengan segala kelengkapan dan kemudahan. Ye la, baru standing dengan nama IB World School! Realitinya, pintu pagaq dia je la yang gah. Masuk dalam, well… biasa2 je. Paham saja la kan kalau bangunan ni sebaya dengan umur KOMTAR Penang. Sempat menjadi saksi pelancaran pertama Proton Saga. Tahun 1985 nuu! Hang pun tak lahir lagi, bangunan tu dah terpacak dah. Anyway, aku tak la kisah sangat… Yang penting, aku punyai banyak kenangan di situ. Yang semestinya banyak mendewasakan pemikiran dan peribadi aku.

Buku ni memang “ngam” sangat dengan taste bacaan aku. Cerita pasal pengembaraan anak Melayu ke Eropah. Jika tak salah ingatan aku, ada dua cerita dari latar masa yang berbeza dalam novel ni.

Cerita pertama; mengenai Panglima Awang ataupun di Eropah, orang panggil dia Enrique. Uihh, sakan noo nama glemer dia… Asalnya dia dijadikan hamba abdi oleh Portugis yang conquer Melaka. Abad ke-16 rasanya... Dek kerana jujur dan rajin dia buat kerja, dia dilantik menjadi kelasi kapal. Kemudiannya, dia join Ferdinan Magellan, seorang Portugis, dalam misi mengelilingi dunia. Ingat, Ferdinan Magellan, bukan Rio Ferdinand ye!



Sebagai mana yang kita tau, Magellan dah “gol” masa perang kat Filipina. Tak dan nak keliling dunia pun. Lepas tu, Panglima Awang dilantik menjadi kapten untuk pelayaran balik ke Eropah. So technically, Panglima Awang la yang patut jadi manusia pertama mengengelilingi dunia. Bukannya Magellan.

Tapi dari Wikipedia, Panglima Awang dikatakan melarikan diri selepas Magellan mati di Filipina. Dan Juan Sebastián Elcano naik gantikan Magellan. Ini hanya aku nak compare kan maklumat yang aku tau. Buleh jadi penulis buku ni yang silap. Tapi kalau betul la Panglima Awang orang pertama mengelilingi dunia, aku sangat2 bangga.

Dalam buku ni juga, katanya nama bandar Malaga diambil sempena nama Melaka. Hampa check la sendiri bila penubuhan Malaga. Lagi awal or lambat dari tahun 1400 (penubuhan Melaka oleh Parameswara). Aku malas...

Dan disebabkan oleh rasa ingin tahu yang membuak mengenai kesahihan kisah Panglima Awang ni la, datangnya cerita yang ke-2. Seorang pemuda yang sudah beristeri sanggup mengembara solo dari Malaysia ke Eropah. Naik kapal laut, kereta api, tumpang orang... Merentasi berbagai negara termasuk lah Eropah timur yang pada masa tu, masih dibawah pengaruh komunis lagi. Bagaimana dia boleh terjatuh cinta kat seorang gadis ni. Quite sweet actually…

Tapi selepas membaca buku ni, aku teringin sangat nak ke Sofia, Bulgaria.


Bukan untuk mengejar cinta gadis Eropah ka apa... (Kang mengamuk member baik aku tu...) Tapi sebab namanya Sofia. Bunyinya sangat lemah lembut. Tapi tak tau la kot harap je nama lembut, tapi sarang mafia ka apa. Lagipun, aku suka pi ke tempat yang tak ramai orang berkunjung. Takde la cliché sangat kan!

Well, kerana nak ke Sofia ni la antara yang menjadi inspirasi tambahan untuk aku mai ke Eropah ni. Tiap2 tahun aku plan nak ke Sofia. Aku check website Ryanair, Malev, train, bas… Tapi masih tak berkesempatan. Selalunya sebab tambang mahal or takde kawan nak join. Paling dekat yang aku pernah sampai adalah Istanbul, Turki... Lebih kurang 580 km lagi nak sampai Sofia.

Setelah 5 tahun aku cuba, tapi masih tak kesampaian. Sekarang ni, lagi 2 minggu 2 hari aku nak balik Malaysia for good. Agak sedih sebab tak dapat complete impian aku yang satu nih. Tapi hepi sebab dah abih MB BCh dan yang penting, nak main kawen2 dengan member baik! Yeay……. (gila ka apa?)

Hmm, masihkah ada kesempatan itu nanti? atau patut aku mengembara secara maya saja kat youtube...

25 Mei 2011

Ada Apa dengan Nama

Aku baru saja kenal siapa dia Dr. Garret FitzGerald. Baru 4 hari lepas. Itu pun aku kenal sebab dia mati. Kalau masih hidup, rasanya memang aku takkan kenal sampai ke sudah.

Dr. Garret FitzGerald, Irish Taoiseach (Prime Minister) 1981-1987. Grad dari UCD dengan Bachelor of Arts. Pernah kerja kat Aer Lingus (national Irish airlines) dan jadi lecturer in Economics kat UCD sebelum aktif dalam politik Ireland bila joined parti Fine Gael (Clan of the Gaels).

Dia antara key leaders yang try nak initate peace kat Northern Ireland. Ironinya, hari Queen Elizabeth II berada di tanah Ireland ni la, dia pun mati.

Ok, cukuplah sudah pasal sejarah orang tua ni. Sekarang let's talk about nama2 Irish. Personally aku rasa menarik dan, of course, unik. Ni sebab bahasa asal depa, Gaelic tu dari keluarga Indo-European family yang guna tulisan Latin. Bahasa Melayu kita ni asalnya dari Austronesian family.

Seriously, memang susah nak belajar bahasa Gaelic ni. Eja lain, bunyi lain! Ambil perkataan Taoiseach sebagai contoh. Lidah melayu aku sebut “Tao-Sich”. Tapi sebenarnya “T-shock”… Haa, macam nama jam tu. Ada beberapa insiden pasal nama ni.

Eoibheann

Sila sebut tengok! First time aku tengok nama ni kat register nama… Aku dah gelabah dah.

“Nak sebut macam mana ni? Semua hurup vocal ada dalam nama dia…”

Time tu aku harap sangat2 tuan nama ni jangan la jadi partner aku. Entah kan laki ka pempuan pun tak tau. Rupanya cara nak pronounce nama dia ni “eve + een” or kalau dalam English ditulis sebagai Eavan. Hurup “bh” kalau ada sekali akan jadi hurup “V”.

Lagi satu, Caoilfhionn.

Dia groupmate aku. Aku kenal dia masa dalam first week gak la. Very nice girl. Masa sesi suai kenal tu, dia sebut nama dia bunyi macam “ Quinlan”. Beberapa tahun selepas tu, kami dibahagikan ke dalam group lagi kecik. 2-3 orang je. Aku check la list nama; Hakimi, Anna, Caoilfhionn. Ok, fine. Esoknya Quinlan join aku dengan Anna. Aku tanya la dia,

Aku: Where is your partner?
Quinlan: Anna and you are my partners.
Aku: Oh, yeah? Anna, I thought that somebody named “Kau-Fi-On” is gonna be our partner. (Sambil jari tunjuk kat list nama)
Quinlan: Hakimi, that’s how my name is spelled. (Depa dua ekoq dah bantai gelak kat aku kaw2 dah!)

Mangkuk hayun betul la minah2 ekoq tu. Bantai gelak sungguh2 plak tu. Seharian depa dok tersengih2 tengok aku. I’m so innocent tau! In my defence, aku cuma pronounce nama macam yang di tulis la. Sebab tu jadi “Kau-Fi-On” instead of “Kwee-Lin” or “Quinlan”.

Lain plak cerita kat Manchester. Kan Mohd. tu adalah singkatan untuk Muhammad? Tapi orang putih pun innocent macam aku la jugak... Baca macam apa yang ditulis. Jadi Mohd. depa pronounce as “Mod” je la. On the way dia jalan balik, dengar la perbualan antara 2 orang putih ni;

Student1: There are 2 “Mod” in my group.
Student2: What? No way… There is a “Mod” as well in my group.
Student1: Wow, there are a lot of “Mod” in our groups.

Kawan aku yang mendengar ni…memang bantai gelak la...Aku tak tau la camna hidup pegawai imigresen yang dok jumpa beribu2 nama orang yang pelik2 tu. Aku jumpa 2 nama camni pun dah riuh...

Pengajaran: Bagi la nama anak yang senang disebut dan dieja. Tak perlu la nak modern sangat… Kesian sama kat tok dan tokwan dia kalau nak baca nanti. Dah la orang tua tu mata tak berapa nampak. Pastu hang bagi nama yang tergeliat lidah nak sebut. Memang hingaq la depa!

Pen-di-di-kan A-wal

Aku consider diri aku ni slow learner. Why? Aku hanya kenal hurup2 roman ni masa umur 5-6 tahun. Jadi sebelum ni, kalau abang aku baca paper or majalah Gila-Gila then tergelak sorang2. Mesti aku suruh dia baca balik part tu. Tapi, dia selalunya tak mau. Mangkuk betoi!

“Hang baca sendiri la…”

Nak baca sendiri camna kalau baru kenal ABC je… Huruf lain tu dok confuse2 lagi. Pastu lagi mau suruh baca sendiri ka?

Tak banyak sangat pressure semasa aku membesar. Syukur… I mean pressure dari parents and peers untuk reti membaca dari umur 2-3 tahun. Kan sekarang ni, parents especially, nak anak2 depa cepat membaca. Kalau buleh, sejak lahir. Come on guys, give'em some space. Not much time spent by these kids to wonder around in their own world. No fun!

Kak cerita kat aku time aku umur 3-4 tahun. Dulu2 pernah je Benggali jual roti bawak aku teman dia jual roti kat area felda aku tu. Lepas abih menjual, dia hantar la balik aku ke rumah. What?? benggali roti? Biar benar mak aku ni... Tak takut aku kena culik ka time tu? Tapi aku memang enjoy je jalan2 nih. Hehehe... Ok, masuk topik balik.

Personally, aku lagi prefer bagi budak2 ni enjoy masa kecil depa. Having good times with everyone and the surroundings. Sebabnya aku rasakan umur 2-4 tahun tu adalah transition period dari dunia bayi ke dunia kanak2. Banyak beza tuh. kita patut bagi depa matang dulu dalam dunia bayi ni, then baru kita tarik depa ke dunia kanak2. So by that time, anak2 ni dah berumur 4-5 tahun, just nice la untuk dikenalkan pasal hurup, nombor, so on and so forth.

Kematangan yang aku ni adalah dari segi intellectual, emotional dan psychosocial; yang appropriate untuk umur tu la. Dari pemerhatian aku, westerners in general, sangat melayan anak2. Contoh:

- Tak segan untuk join anak nyanyi dalam bas.
- Selalu memberi semangat dan pujian; “Good job”, “Well done”… Walaupun apa yang anak dia buat tu, takde la bagus mana.
- Yang si ayah pulak, take turn every weekend untuk bawak anak + kawan2 anak outing ke taman bunga.
- Kalau si anak merengek nakkan sesuatu tapi tak dapat, parents akan try explain sebab apa tak boleh. Rather than marah2 terus sebab menangis kat tempat ramai orang.

Sifat2 positif macam ni sangat la penting dalam proses kematangan yang aku mention kat atas tadi. Aku rasa, kalau kita buleh ambil sedikit pendekatan kat atas tu, perhaps kita boleh mencorakkan peribadi anak2 yang lebih mantap!

Dunia sekarang bukan saja perlukan orang yang tinggi IQ, tapi juga EQ (emotional intelligence). Tak buleh dah untuk:

- Tak berani nak mencuba
- Malu tak bertempat
- Takut salah nanti kawan2 gelak

OK. Dah siap celoteh aku. Ni semua adalah pendapat aku je. Maybe ringht, maybe wrong. Kalau hampa pulak yang jadi parent, apa approach hampa pasal early education nih?