19 Julai 2012


Since dah lama aku tak check file2 aku dalam laptop ni…sekali buka, tengok2 folder gambar lama2. Gambaq ni diambil tahun 1991-1992. Hampa tengok fesyen tudung pun tau kan?

Tempat kejadian; Sungai Tok Mat (sebab rumah Tok Mat ikan kat tepi sungai ni)

Kak aku dengan murah hatinya sudi bawak aku pi mandi sungai. Punya la seronok! Kami pi 3 bijik motor. So, macam dalam gambaq ni, dari kiri, Kak aku, Aku, Kak In, Apit, Lan (arwah). Tukang amik gambaq tu Kak Za a.k.a kak Apit.

Jangan tanya aku seluk apa dalam seluaq tu. Sejuk oo mandi sungai….

La ni , Tok Mat pun arwah dah. Rasanya tu la last time aku mandi kat situ. Biasanya kami pi ke kawasan depan lagi dari spot ni. Sebab situ ada pokok yang buleh buat bergayut. Tapi kat area tu jugak la kawan aku mati lemas. Al-fatihah

Cerita Ayah...

Kesempatan bercuti seminggu aku manafaatkan dengan balik ke kampung di Kedah dan Perak. Macam biasa lah bila ada di kampung, title aku pun bertukar la dari Dr ke Dr-ebar. Bukan ayah aku tak buleh drive, cuma aku yang tak bagi dia drive la ni especially time tengah2 hari. Dia tu mudah mengantuk la nih.

Dah brapa kali dia tertidur time driving. Itu yang dia pi sodok titi kebun orang la, langgar anak pokok getah la. Tu tak kira lagi sampai van kami tu tayar empat2 naik atas. Seb baek dia pakai seat belt.

Anyway, time dok drive tu. ayah dok cerita la sket masa dia mula2 nak mai ke felda ni. Time tu ujung tahun 1972, bulan 12. Mak memang sarat mengandungkan Abg Din. Nak buat keputusan sama ada nak join felda ke tak, ayah kata dia berbelah bagi la jugak. Orang kampung siap dah buatkan rumah baru untuk ayah. Ada yang menangis tak bagi dia pi. Tapi dia bulatkan hati dan buat keputusan untuk berhijrah jugak ke felda.

ada 2 tempat yang ayah dapat offer; satu kat kedah. lagi satu kat Sabah. Tapi ayah pilih yang dekat. Klo dak, dah geng Jimmy Palikat dah la aku ni.

Sebelum masuk felda, ayah kerja sebagai cikgu kat sekolah melayu. Gaji memang tak seberapa. Starting salary RM15. Pastu naik pi RM30. Last skali gaji dia RM 60. Klo jadi guru besaq, tinggi la sket- RM 120 sebulan. Jangan compare la dengan gaji cikgu2 la ni... jauh beza!

Ayah sebenarnya anak yang ke-4, 3 orang abang dia tak dak yang bekerja tetap. Pak Anjang (arwah) dok buat bendang dengan pi laut, anak ramai. Pak Teh time tu baru pindah ke tempat baru, tak dak pekerjaan lagi, anak ramai. Pak Tam (arwah) plak dok buat bendang sambil jadi tukang rumah, pun anak ramai. Pak Su pun menumpang dengan Pak Tam mengaji kat Bukit Jenun. Di pendekkan cerita, dengan gaji RM60 tu la, kena bahagi2 untuk sara depa2 nih. (Jujur cakap, aku tak bleh bayangkan klo aku dok kat tempat dia time tu.. mana cukup weyh)

Mak plak dok buat cucuq jual dan letak kat kedai2 makan. Kami orang kedah, kuih pun kami panggil cucuq. Cucuq of course la kami panggil cucuq. Lagi satu contoh- roti. biskut pun panggil roti, roti memang sah la panggil roti. Ok, berbalik kepada cerita jual cucuq. Mak buat cucq kat rumah, ayah bawak pi kedai sebelum dia pi mengajaq. kadang2, ayah terjatuh gerek... Abih la cucuq aritu berterabuq atas jalan tanah merah. Sekupang habuk pun tak buleh.

2 hari samapi kat felda tu, mak pun melahirkan Abg Din. Bermulalah fasa baru dalam hidup ayah, mak, Kak Fauziah, Abg Lan dan Abg Din. Aku tak dak lagi time tu. Untuk 5 tahun pertama, sementara menunggu pokok getah boleh keluarkan hasil, Felda bagi bantuan (tapi kena bayar balik). RM50 sebulan klo aku tak silap.

Barang2 bleh pi amik kat kedai felda (kami panggil kedai syarikat). Katanya, ayah tak pernah beli pakaian baru untuk dia dengan mak untuk 3 tahun seterusnya. Pakai saja apa yang ada kat kampung dlu. Kampung tak balik setahun- padahal jarak tak sampai 20km. Kalau beras abih, ganti pulut, pulut tak dak, buat 'peknga' (omputih panggil pancake). Klo nestum anak abih, ganti dengan tepung gandum.

Ada jugak beberapa peneroka felda yang tak tahan susah, depa cabut lari balik kampung. Kepada yang tahan, bersabar banyak2 la sementara pokok nak keluarkan hasil. Ayah kata, kalau mengenangkan balik waktu susah tu, memang mengalir ayaq mata. Tapi dah semua orang waktu tu susah, jadi pakat buat tak tahu saja lah. Hidup kena teruskan.

Sedaq2 je, aku dah sampai ke pekan Pendang. Tapi sayang, aku tak ambik gambaq2 masa dulu. Nanti klo aku ada kelapangan, akan aku cuba ambik gambaq2. Aku amat teruja bila dengar cerita macam ni. Sebab aku tak pernah merasa susah macam tu. Tapi bila tau macam ni rupanya hidup keluarga aku dulu, baru rasa bersyukur sangat2!

Sajak Melayu

Melayu - oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka