30 Mei 2011

10 Things I hate About Dublin

1) Orang mabuk:
Orang sini memang kuat minum. Paling mangkuk bila orang mabuk naik bas. Bau napas dia….perghh… Buatnya dia termuntah ka apa dalam bas tu? Tak ka haru... Macam nak bubuh penyepak je kat muka dia tu. Bagi dok diam!


2) Bas No. 11:
Setakat tunggu sejam tu… kira lumrah alam. Normal. Tua muda sumua terseksa… Jadi la pak pacak kat bus stand tu. Pernah makcik tu perli drebar tu;

”Are you lost? Jezz, I’ve been standing here for an hour you know!”.

That’s why kalau hang nampak je kelibat bas 11, jangan galak nak tangguh2, nak pi shopping lagi ka apa... Run if you must! Save your time standing in the cold wind. Otherwise, u’ll regret it.

Lagi best bila dah tunggu 1 jam lebih tetiba mai 3 bijik bas 11 berturut2. Rasa nak meraung je kat drebar tu.

3) Parking kereta:
Kalau kat city centre tu, paling murah 2.70 euro sejam. Berdarah la jugak kalau nak pi shopping lama2. Tapi kalau dah beli banyak barang, takkan hang nak angkut masuk bas. Pastu ada hati nak amik bas 11… Huh, lupakan je la.


Lagi satu yang leceh nak masuk city centre ni… tak semua jalan, kereta persendirian buleh lalu. Kalau yang main street tu, biasanya bas dan teksi saja la. Tapi, aku ada gerek je la... mana mampu nak cari yang bertayar 4 ni. Hehehe...

4) Party kat rumah:
Tak tau la camne design rumah kat sini. Concrete tapi buleh je dengar orang sebelah rumah dok gelak2. Especially kalau jiran hang tu budak U. Dok parti je tak abih2. Menjerit, nyanyi lagu apa entahnya… Pastu pakai heels plak, memang dengar la every step dia jalan. Sorang dua takpa la, kalau 10 orang pakai heels then ditakdirkan esoknya hang ada final exam. Apa perasaan anda?

Tu hang tak kira lagi bunyi2 yang tak sepatutnya didengar jiran (ala…. aktiviti dalam bilik tu antara dara dan teruna). Pasrah2!

5) Lepas abih lecture:
Depa ni memang born as chatters kot. Dalam lecture sembang. Keluaq lecture hall tu, immediately lepas lalu pintu… dia berenti kat situ. Join kawan2 bersembang. Abih tu, yang orang dalam lecture hall ni memang tak leh keluar la. Sebab dia dah block pintu keluar tu. Sengall!

6) Buang hingus:
Imagine when you blow your nose inside the lecture hall. Bergema 1 hall tu kot. Aku memang kurang berkenan dengan habit ni. Geli pun ada! Tak buleh ka keluarkan hingus tu slow2? Terganggu konsentrasi orang lain…

7) Nightlife:
Yang bukak, kedai makan dan pub je. Kedai2 lain kol 6 petang dah tutup dah. Khamis je yang buka sampai kol 7-8 camtu. Takkan nak pi tumpang tunggang arak tu sekali kot? Lengang je bila lepas kol 8 malam tu. Jangan mimpi la nak lapak kedai mamak ka apa. Memang tak dak.


Tapi lawa kan pemandangan malam dia? Bermandikan cahaya lampu neon gitu...

8) Cuaca:
Berangin, berhujan, berangin. Itu je… Tak kira musim; summer ka, spring ka... hujan je memanjang. Payung memang tak berapa digalakkan. Better pakai baju hujan je. Kalau hang sanggup beli payung tiap2 kali hujan, haa.. sila la pakai payung!


9) Kedai basikal:
Aku pi ke bike shop dalam university. Dia suruh aku buat appointment dulu... Fine! Hang tau brapa lama? 7 hari!! Oih, aku nak tukaq getah brek je pun, takkan nak tunggu 7 hari? Beratt….


10) Bomb threat:
2 kali pernah aku lalui detik cemas. Paling cuak time aku baru 3 minggu sampai sini. Dalam bas ke city centre. Tetiba drebar bas bagi tau, bas kena divert ke jalan lain. Sebab ada bomb threat kat O’Connell Bridge. Aku ketaq gila time tu. Umur baru 19, masih single, Europe pun tak jalan lagi… takkan dah kena bomb? Baik dok Aloq Setaq camni… Takat meriam buluh tu, apa la sangat kan?


Tapi, aku yakin bila dah balik Malaysia nanti... Mesti aku teringat punya benda2 macam ni. Well, ni adalah berdasarkan pengalaman aku saja. Mungkin orang lain pikir macam lain.

Dan, banyak jugak pengalaman maneh aku kat sini. Cuma tak kena la dengan entry kali ni ye. Next time, ok?

28 Mei 2011

Lencun

Melihat budak2 sekolah Muslim National School masuk ke dalam masjid time khutbah jumaat tadi, membawa aku balik ke tahun ’97 untuk beberapa saat. 80 orang kot jumlah budak2 ni. Macam2 kaler dok ada. Hang habaq ja nak kaler apa? Dari yang layak sangat2 dah masuk “Geng Black” hingga la ke putih melepak. Tapi majoritinya asal dari middle east la...



Ni la rupa Muslim National School. Sedaq tak sedaq, dah 21 tahun dah sekolah tu buka. Tapi jangan la expect design dia macam sekolah kat Malaysia. Biasa2 je. Tapi ni state-funded tau. President Ireland yang mai rasmi...

Walaupun Masjid Clonskeagh ni besar… tapi jemaah dia pun buleh tahan ramai. So untuk menyenangkan cikgu-cikgi dia nak control budak2 ni, pengurusan masjid dah designate siap2 satu penjuru kat saf belakang tu untuk budak2 ni time sembahyang jumaat.

Tak tau la hang penah jumpa ke dak dengan budak2 arab. Buas & kasaq. Well, maybe tak semua tapi kebanyakan yang aku dok jumpa… camtu la. Bergurau tu, kalau ikut standard melayu aku ni, memang kasaq la. Setakat bagi kawan jatuh tergolek tu, n.o.r.m.a.l…

Terbayang aku masa darjah 5 dulu lepas kelas “Quran tajwid”. Sebenarnya nama ni agak misnomer. Sebab kami belajar gak tawhid, feqah, sirah, bahasa arab apa semua tu… Nama sebetulnya adalah “Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)”. Tapi last2 jadi kelas Quran Tajwid gak!

Kelas KAFA ni 3 hari je seminggu, ahad sampai selasa. Rabu dah ada Ko-Q, khamis baru free. Dia start kol 2.30pm – 5pm kot. Tapi selasa kelas abih awal, sebab kena jemaah asaq kat masjid depan sekolah. Tu masjid lama sebenarnya. Tak pakai dah la ni.



Gambar2 ni aku ambik dari website JAKIM. Depa buat program "Kembara Qiyam Syukran" kat situ tahun 2009. Macam aku cakap, masjid ni tak pakai dah. La ni dah convert jadi kelas agama untuk budak2. Tengok gambar yang budak2 laki dok kerat pokok2 bunga tu? Pernah je aku sembahyang raya kat atas tar tu... Punya la ramai rakyat felda aku. Sebab tu depa buat masjid baru.

Yang area budak pempuan dok bersihkan ni, tempat aku dok lepak masa sembahyang jumaat. Kawasan tu memang penuh dengan budak2 je. Pernah sekali tu, tok imam buat rush. Dia pi halau budak2 yang dok lepak atas motor kat luaq pi masuk masjid. Hmm... tapi itu memori dulu la.

Dah nama pun budak sekolah rendah. Bukan nya ketahuan kepala ekoq sangat. Bayangkan la ada lebih dari 200 orang budak laki berebut nak wuduk. Memang bizi dan hingaq gila la kat bilik tu. Kolah wuduk dia ni besar dan tinggi. Ada 4 ke 5 anak tangga kena naik untuk nak ambik wuduk. Kawan aku ni time tengah bertinggung elok punya nak berwuduk kat kolah tu, tetiba ada orang mai tolak dia dari belakang!

Haa, apa lagi… Jadi penyelam olimpik la kat dalam kolam tu. Orang lain guna swimming trunk, tapi dia bersongkok baju melayu siap ada beg sling lagi. Bergaya sungguh!

Aku time tu baru abih ambik wuduk kat panchur. Memang sempat melihat aksi bersejarah tu. Semua orang terdiam untuk beberapa saat... tergamam! Pastu semua pakat bantai gelak la. Kesian kawan aku tu, rasanya itu la kali pertama dia sembahyang asar berjamaah menggigil, baju basah lokoih. Plan nak pi pasar malam pun kensel. Nasib badan...

Ustaz yang jadi penyelia petang kat kelas KAFA tu geleng kepala je la tengok. Nak buat apa lagi dah. Tapi kawan aku ni memang jadi legend la lepas tu. Hero terjun kolah masjid!

26 Mei 2011

Mengundang Jauh


Aku beli buku ni during the 1st few months selepas masuk ke sebuah kolej di Banting. Sebelum habis SPM, aku pernah la dengaq nama kolej ni beberapa kali. Kononya senior2 yang “power” akan pi ke sini la before fly overseas. Buat program persediaan.

Dalam kepala dok terbayang dah sebuah kolej yang gah, moden, penuh dengan segala kelengkapan dan kemudahan. Ye la, baru standing dengan nama IB World School! Realitinya, pintu pagaq dia je la yang gah. Masuk dalam, well… biasa2 je. Paham saja la kan kalau bangunan ni sebaya dengan umur KOMTAR Penang. Sempat menjadi saksi pelancaran pertama Proton Saga. Tahun 1985 nuu! Hang pun tak lahir lagi, bangunan tu dah terpacak dah. Anyway, aku tak la kisah sangat… Yang penting, aku punyai banyak kenangan di situ. Yang semestinya banyak mendewasakan pemikiran dan peribadi aku.

Buku ni memang “ngam” sangat dengan taste bacaan aku. Cerita pasal pengembaraan anak Melayu ke Eropah. Jika tak salah ingatan aku, ada dua cerita dari latar masa yang berbeza dalam novel ni.

Cerita pertama; mengenai Panglima Awang ataupun di Eropah, orang panggil dia Enrique. Uihh, sakan noo nama glemer dia… Asalnya dia dijadikan hamba abdi oleh Portugis yang conquer Melaka. Abad ke-16 rasanya... Dek kerana jujur dan rajin dia buat kerja, dia dilantik menjadi kelasi kapal. Kemudiannya, dia join Ferdinan Magellan, seorang Portugis, dalam misi mengelilingi dunia. Ingat, Ferdinan Magellan, bukan Rio Ferdinand ye!



Sebagai mana yang kita tau, Magellan dah “gol” masa perang kat Filipina. Tak dan nak keliling dunia pun. Lepas tu, Panglima Awang dilantik menjadi kapten untuk pelayaran balik ke Eropah. So technically, Panglima Awang la yang patut jadi manusia pertama mengengelilingi dunia. Bukannya Magellan.

Tapi dari Wikipedia, Panglima Awang dikatakan melarikan diri selepas Magellan mati di Filipina. Dan Juan Sebastián Elcano naik gantikan Magellan. Ini hanya aku nak compare kan maklumat yang aku tau. Buleh jadi penulis buku ni yang silap. Tapi kalau betul la Panglima Awang orang pertama mengelilingi dunia, aku sangat2 bangga.

Dalam buku ni juga, katanya nama bandar Malaga diambil sempena nama Melaka. Hampa check la sendiri bila penubuhan Malaga. Lagi awal or lambat dari tahun 1400 (penubuhan Melaka oleh Parameswara). Aku malas...

Dan disebabkan oleh rasa ingin tahu yang membuak mengenai kesahihan kisah Panglima Awang ni la, datangnya cerita yang ke-2. Seorang pemuda yang sudah beristeri sanggup mengembara solo dari Malaysia ke Eropah. Naik kapal laut, kereta api, tumpang orang... Merentasi berbagai negara termasuk lah Eropah timur yang pada masa tu, masih dibawah pengaruh komunis lagi. Bagaimana dia boleh terjatuh cinta kat seorang gadis ni. Quite sweet actually…

Tapi selepas membaca buku ni, aku teringin sangat nak ke Sofia, Bulgaria.


Bukan untuk mengejar cinta gadis Eropah ka apa... (Kang mengamuk member baik aku tu...) Tapi sebab namanya Sofia. Bunyinya sangat lemah lembut. Tapi tak tau la kot harap je nama lembut, tapi sarang mafia ka apa. Lagipun, aku suka pi ke tempat yang tak ramai orang berkunjung. Takde la cliché sangat kan!

Well, kerana nak ke Sofia ni la antara yang menjadi inspirasi tambahan untuk aku mai ke Eropah ni. Tiap2 tahun aku plan nak ke Sofia. Aku check website Ryanair, Malev, train, bas… Tapi masih tak berkesempatan. Selalunya sebab tambang mahal or takde kawan nak join. Paling dekat yang aku pernah sampai adalah Istanbul, Turki... Lebih kurang 580 km lagi nak sampai Sofia.

Setelah 5 tahun aku cuba, tapi masih tak kesampaian. Sekarang ni, lagi 2 minggu 2 hari aku nak balik Malaysia for good. Agak sedih sebab tak dapat complete impian aku yang satu nih. Tapi hepi sebab dah abih MB BCh dan yang penting, nak main kawen2 dengan member baik! Yeay……. (gila ka apa?)

Hmm, masihkah ada kesempatan itu nanti? atau patut aku mengembara secara maya saja kat youtube...

25 Mei 2011

Ada Apa dengan Nama

Aku baru saja kenal siapa dia Dr. Garret FitzGerald. Baru 4 hari lepas. Itu pun aku kenal sebab dia mati. Kalau masih hidup, rasanya memang aku takkan kenal sampai ke sudah.

Dr. Garret FitzGerald, Irish Taoiseach (Prime Minister) 1981-1987. Grad dari UCD dengan Bachelor of Arts. Pernah kerja kat Aer Lingus (national Irish airlines) dan jadi lecturer in Economics kat UCD sebelum aktif dalam politik Ireland bila joined parti Fine Gael (Clan of the Gaels).

Dia antara key leaders yang try nak initate peace kat Northern Ireland. Ironinya, hari Queen Elizabeth II berada di tanah Ireland ni la, dia pun mati.

Ok, cukuplah sudah pasal sejarah orang tua ni. Sekarang let's talk about nama2 Irish. Personally aku rasa menarik dan, of course, unik. Ni sebab bahasa asal depa, Gaelic tu dari keluarga Indo-European family yang guna tulisan Latin. Bahasa Melayu kita ni asalnya dari Austronesian family.

Seriously, memang susah nak belajar bahasa Gaelic ni. Eja lain, bunyi lain! Ambil perkataan Taoiseach sebagai contoh. Lidah melayu aku sebut “Tao-Sich”. Tapi sebenarnya “T-shock”… Haa, macam nama jam tu. Ada beberapa insiden pasal nama ni.

Eoibheann

Sila sebut tengok! First time aku tengok nama ni kat register nama… Aku dah gelabah dah.

“Nak sebut macam mana ni? Semua hurup vocal ada dalam nama dia…”

Time tu aku harap sangat2 tuan nama ni jangan la jadi partner aku. Entah kan laki ka pempuan pun tak tau. Rupanya cara nak pronounce nama dia ni “eve + een” or kalau dalam English ditulis sebagai Eavan. Hurup “bh” kalau ada sekali akan jadi hurup “V”.

Lagi satu, Caoilfhionn.

Dia groupmate aku. Aku kenal dia masa dalam first week gak la. Very nice girl. Masa sesi suai kenal tu, dia sebut nama dia bunyi macam “ Quinlan”. Beberapa tahun selepas tu, kami dibahagikan ke dalam group lagi kecik. 2-3 orang je. Aku check la list nama; Hakimi, Anna, Caoilfhionn. Ok, fine. Esoknya Quinlan join aku dengan Anna. Aku tanya la dia,

Aku: Where is your partner?
Quinlan: Anna and you are my partners.
Aku: Oh, yeah? Anna, I thought that somebody named “Kau-Fi-On” is gonna be our partner. (Sambil jari tunjuk kat list nama)
Quinlan: Hakimi, that’s how my name is spelled. (Depa dua ekoq dah bantai gelak kat aku kaw2 dah!)

Mangkuk hayun betul la minah2 ekoq tu. Bantai gelak sungguh2 plak tu. Seharian depa dok tersengih2 tengok aku. I’m so innocent tau! In my defence, aku cuma pronounce nama macam yang di tulis la. Sebab tu jadi “Kau-Fi-On” instead of “Kwee-Lin” or “Quinlan”.

Lain plak cerita kat Manchester. Kan Mohd. tu adalah singkatan untuk Muhammad? Tapi orang putih pun innocent macam aku la jugak... Baca macam apa yang ditulis. Jadi Mohd. depa pronounce as “Mod” je la. On the way dia jalan balik, dengar la perbualan antara 2 orang putih ni;

Student1: There are 2 “Mod” in my group.
Student2: What? No way… There is a “Mod” as well in my group.
Student1: Wow, there are a lot of “Mod” in our groups.

Kawan aku yang mendengar ni…memang bantai gelak la...Aku tak tau la camna hidup pegawai imigresen yang dok jumpa beribu2 nama orang yang pelik2 tu. Aku jumpa 2 nama camni pun dah riuh...

Pengajaran: Bagi la nama anak yang senang disebut dan dieja. Tak perlu la nak modern sangat… Kesian sama kat tok dan tokwan dia kalau nak baca nanti. Dah la orang tua tu mata tak berapa nampak. Pastu hang bagi nama yang tergeliat lidah nak sebut. Memang hingaq la depa!

Pen-di-di-kan A-wal

Aku consider diri aku ni slow learner. Why? Aku hanya kenal hurup2 roman ni masa umur 5-6 tahun. Jadi sebelum ni, kalau abang aku baca paper or majalah Gila-Gila then tergelak sorang2. Mesti aku suruh dia baca balik part tu. Tapi, dia selalunya tak mau. Mangkuk betoi!

“Hang baca sendiri la…”

Nak baca sendiri camna kalau baru kenal ABC je… Huruf lain tu dok confuse2 lagi. Pastu lagi mau suruh baca sendiri ka?

Tak banyak sangat pressure semasa aku membesar. Syukur… I mean pressure dari parents and peers untuk reti membaca dari umur 2-3 tahun. Kan sekarang ni, parents especially, nak anak2 depa cepat membaca. Kalau buleh, sejak lahir. Come on guys, give'em some space. Not much time spent by these kids to wonder around in their own world. No fun!

Kak cerita kat aku time aku umur 3-4 tahun. Dulu2 pernah je Benggali jual roti bawak aku teman dia jual roti kat area felda aku tu. Lepas abih menjual, dia hantar la balik aku ke rumah. What?? benggali roti? Biar benar mak aku ni... Tak takut aku kena culik ka time tu? Tapi aku memang enjoy je jalan2 nih. Hehehe... Ok, masuk topik balik.

Personally, aku lagi prefer bagi budak2 ni enjoy masa kecil depa. Having good times with everyone and the surroundings. Sebabnya aku rasakan umur 2-4 tahun tu adalah transition period dari dunia bayi ke dunia kanak2. Banyak beza tuh. kita patut bagi depa matang dulu dalam dunia bayi ni, then baru kita tarik depa ke dunia kanak2. So by that time, anak2 ni dah berumur 4-5 tahun, just nice la untuk dikenalkan pasal hurup, nombor, so on and so forth.

Kematangan yang aku ni adalah dari segi intellectual, emotional dan psychosocial; yang appropriate untuk umur tu la. Dari pemerhatian aku, westerners in general, sangat melayan anak2. Contoh:

- Tak segan untuk join anak nyanyi dalam bas.
- Selalu memberi semangat dan pujian; “Good job”, “Well done”… Walaupun apa yang anak dia buat tu, takde la bagus mana.
- Yang si ayah pulak, take turn every weekend untuk bawak anak + kawan2 anak outing ke taman bunga.
- Kalau si anak merengek nakkan sesuatu tapi tak dapat, parents akan try explain sebab apa tak boleh. Rather than marah2 terus sebab menangis kat tempat ramai orang.

Sifat2 positif macam ni sangat la penting dalam proses kematangan yang aku mention kat atas tadi. Aku rasa, kalau kita buleh ambil sedikit pendekatan kat atas tu, perhaps kita boleh mencorakkan peribadi anak2 yang lebih mantap!

Dunia sekarang bukan saja perlukan orang yang tinggi IQ, tapi juga EQ (emotional intelligence). Tak buleh dah untuk:

- Tak berani nak mencuba
- Malu tak bertempat
- Takut salah nanti kawan2 gelak

OK. Dah siap celoteh aku. Ni semua adalah pendapat aku je. Maybe ringht, maybe wrong. Kalau hampa pulak yang jadi parent, apa approach hampa pasal early education nih?

Wonderful world

Kalau hampa diberi peluang untuk travel 10 places anywhere in this world, mana nak dihalakan kaki hampa?

Kalau aku;

1- Mekah & Madinah- well hampa tau sendiri je la sebab apa…
2- Sofia, Bulgaria- nanti aku cerita dalam entry lain.
3- New Zealand- suasana dalam The Lord of the Ring sangat buatkan aku teruja.
4- Grand Canyon, USA- sangat magical dengan alur batu2 dia
5- French Polynesia- Chalet yang cantik di pesisir pantai. Tapi takut tsunami.
6- Kutub Utara dan Selatan
7- Pyramid di Mesir- Hampir nak pergi dah aritu… Huhu…
8- Great Wall of China- teknologi pembinaan zaman silam.
9- Pulau Sipadan, Sabah- nanti wedding anniversary aku yang-10, nak pi sana.
10- Taj Mahal & Kashmir- harap2 Kashmir dah aman time aku pi nanti.

Thanks to si Matt ni, aku lagi berkobar2 nak meneruskan impian aku nih. Kalau termampu la...



Kalau la kita semua buleh appreciate budaya, adat resam semua orang... the world will be a much better place. =)

24 Mei 2011

Malaysia ranked world’s 10th largest consumer of alcohol

Ni la title artikel The Star online kemarin. Hmm, aku agak terkejut sebenarnya. Top ten tuh...Uih, kira hebat la Malaysia ni kan?? Dari negara Islam Hadhari ke 1Malaysia… tup2 no. 10 pengguna alcohol terbesar dunia.

Tapi betul ka ni? Aku dah check kat WHO publication. Data yang ada kat situ kata consumption of 0.8 litre of pure alcohol. Pastu tak jumpa pulak ranking dalam report "Alcohol Global Status Report" 2011 tu. Hmm...aku pun puzzled mana penulis artikel ni dapat data. Nak kena email dia ni...

Sejarah arak di Tanah Melayu; dibawa masuk oleh European la dalam kurun ke-17. So typical kan? European...huh! Tapi ada je yang locally made macam tuak, toddy (palm wine), samsu. Kalau kat tempat aku tu, ada “Ayer Lau” Pak Din. Ni bukan Pak Din yang dok jual ikan keli tu naa.. Ni Pak Din orang siam. Aku pun tak tau awat nama dia camtu. Maybe nama dia Din Dang ka apa.. pastu nak dimelayukan… jadi la Pak Din. Sebungkus 6 ringgit tak silap. Aku pernah bercakap dengan sorang budak baru lepas teguk ayer ni la. Bau macam sampah…Seriously!

Masih ingat kisah pengharaman arak zaman Rasulullah dulu? Haa, sapa yang tak ingat… Ni homework untuk hampa! Pi buka balik buku rujukan agama SPM. Kalau tak dak, mesti dalam syllabus PMR. Kepada yang masih ingat, sila kongsi2 ye.

Secara ringkasnya, ada 3 peringkat dalam proses pengharaman arak dalam sirah. Mula2 dilarang sembahyang ketika mabuk seperti dalam surah An-nisa ayat 43. Kemudian diterang dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang alcohol ni banyak buruk dari baiknya. Lastly Allah haramkan consumption arak ni melalui ayat 90 surah Al-Maidah.

Baik murid2, arini ustaz berminat nak discuss sket pasal peringkat kedua proses pengharaman arak ni. Iaitu apabila Allah explain bahawa ada juga kebaikan dari alcohol. But as a whole, alcohol do more harm than good to human.

Ni adalah sebahagian dari ayat 219 tu ye;
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…(Al-Baqarah, ayat 219)”

Ustaz teringat ketika dalam kelas epidemiology, lecturer mesti akan sebut mengenai “J-shaped curve” bila membincangkan perihal alcohol dan cardiovascular system. Jangan gabra… rilex… Memang nama dia sophisticated sikit. Takpa, kita go through slow2. Mula2, bayangkan graf bentuk J yang herot siket. Paksi-X adalah amount of alcohol consumption, Paksi-Y adalah risiko kena cardiovascular disease (CVD) macam haert attack, lemah jantung, angina...


Jadi, orang yang berisiko paling rendah berdasarkan graf ni adalah orang yang minum SEDIKIT alcohol. Kalau kita ni tee-total (tak minum langsung), risiko untuk kena CVD kira slightly higher la berbanding orang yang minum sedikit. Tapi kalau hang dok mengketedarah alcohol tu sampai berbotol2, makin tinggi la risiko hang nak dapat CVD.

Dalam study INTER-HEART yang melibatkan 27 000 pesakit, kita buleh mengurangkan risiko heart attack (myocardial infarction) bila kita ambil alcohol selalu.

Wow! Ni baguih nih. Jadi, berapa kerap “selalu” tu?

DiCastelnuovo et. al kata; pengurangan 18% risiko CVD bila lelaki minum 1-2 drinks daily (15-30g alcohol) dan perempuan minum 1 drink daily. Ni lagi satu study concluded kalau minum 3-4 hari dalam seminggu, boleh mengurangkan risiko heart attack. Depa kata ada linear relationship antara blood alcohol concentration (bac) dengan level of HDL cholesterol (kolestrol baik) dan insulin sensitivity. Jadi kalau mengikut kajian ni, gula dalam darah akan lebih terkawal, LDL cholestrol makin kurang. Maka, baguslah untuk kurangkan risiko CVD…

Ok, cukup pasal kajian2 nih. kesian hampa baca sampai muka hijau dah. Sekarang, cuba kita tengok keburukan alcohol pulak. Alcohol adalah teratogenic untuk anak di dalam kandungan; boleh menyebabkan fetal alcohol syndrome (muka pelik sikit, terencat akai dan ada developmental delay). Orang yang jadi chronic drinker mungkin ada kerosakan pada hati seperti alcohol induced hepatitis atau cirrhosis. Itu yang jadi perut busung, kuning satu badan. Silap2, buleh muntah darah chek oi!

Orang yang mabuk, kalau dah berjalan terhoyong hayang, buleh jatuh, terhentak kat kepala then berlaku pendarahan dalam otak. Buleh dapat stroke! Ingat dak satu insiden kat Malaysia; satu abang ni tengah dok isi minyak kereta dia, tetiba ada 1 kereta laju hala ke arah dia. Memang mati la abang tu kena langgar. Macam mana buleh jadi camtu? Driver kereta yang langgar dia tu actually mabuk! You see now?

Look, kalau nak bercakap pasal keburukan alcohol ni…sampai tahun depan malam raya pun belum tentu habis. Ni tak masuk lagi keganasan rumah tangga, buat kerja yang gila2 (macam cerita Hangover tu; kawin dengan stripper, hilang gigi, curi harimau Mike Tyson), depression, etc…


Personal experience aku, malam aku paling benci kat Dublin ni adalah malam Jumaat. Masa aku dok kat accommodation university dulu, malam ni la the whole apartment akan berparti… riuh rendah, tunggang arak sana sini, hubungan bebas… Tak terkejut ka hang kalau bangun pagi esok nak pi breakfast kat dapuq… tetiba ada pempuan yang pakai pun cukup2 je nak tutup apa yang perlu terlentang kat lantai kitchen rumah hang? Tergugat iman ooo… Sekali tu, time aku tengah bersahur ada orang ketuk tingkap ajak pi birthday party. Gila ka apa birthday party pukul 4.30 pagi.. Haru nak layan golongan macam ni…

Apa2 pun, konsep bersedarhana tu dah betul dah. Tapi jangan la pulak nak bersedarhana dalam minum arak ye? Pandai2 la tapis. Wallahualam.

p/s: Sorry post kali ni packed dengan data. Aku sangat terpanggil selepas membaca artikel kat The star tu. Sedih bila melihat negaraku maju dalam hal sebegini.

Rujukan:
1- emedicine.com
2- DiCastelnuovo, S. Castanzo, V. Bagnardi, M.B. Donati, L. Iacoviello, G. de Gaetano. Alcohol dosing and total mortality in men and women. Arch Intern Med 166;2006: 2437-2445
3- K.J. Mukamal, M.K. Jensen, M. Gronbæk. Drinking frequency, mediating biomarkers, and risk of myocardial infarction in women and men. Circulation 112;2005: 1406-1413

23 Mei 2011

Selamat Tinggal Bungaku

Biar hujan, biar panas, hatta bersalji sekalipun… kita tetap bersama. Sememangnya kita tak dapat dipisahkan. Kemana aku pergi, kau pasti ada menemaniku.

Masihkah kau ingat tika kita disimbah air di dalam lopak dek tayar Dublin bus? Abis kuyup baju raya aku… Ingatkan kau saat pukul 5.45 pagi; kau dan aku sama2 memerah keringat menuju ke Mater Hospital? Bagaimana pula saat kita bersaing dengan BMW 5 series di Merrion Road sewaktu ke Malaysian embassy. Dek kerana race itu, aku jadi lembut lutut. Sampai nak berdiri tegak pun seksa.



Sekarang, kau sudah disunting orang lain. Bukan tak aku cuba menghalang, tapi keadaan memaksa perpisahan ini berlaku jua. Kau dan aku mempunyai jalan hidup yang berbeza sekarang.

Maafkan aku…
Pergilah…

Moga dapat kau berbakti kepada jejaka itu seperti mana kau menabur bakti kepada ku.



Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku

Ke timur atau ke utara
Tak tentu dimana nak tujukan
Setitik air mata
Dititiskan dibuang jangan

Mode: Syahdu basikalku dirisik orang...

22 Mei 2011

"Teman setia anda, Dimana-mana saja" 2

Kan sebelum ni aku kata ada 3 insiden yang aku kaitkan dengan lagu tema Radio Kedah. Aku dah cerita 2 insiden… Ni yang ke-3. Sejak lahir sampai la habis UPSR, aku tak penah jejak kaki ke kedai gunting rambut. Hebat dak?

Selama tempoh tu, mak aku la yang jadi barber. Bukan aku je, ayah pun menggunakan khidmat gunting rambut mak. Terer oo… Tapi memang pakai gunting je la, mana nak cari duit nak beli mesin apa segala tu. Kebiasaannya mak buat time lepas zohor sebab tak banyak orang mai mai kedai time tu.

Eh, aku tak bagitau kat hampa ka yang parents aku buka kedai runcit kecik kat umah?
Ni aku nak bagitau la… Parents aku buka kedai runcit sikit.

Dan time tu la, selalunya Pak Ya memang akan buka radio. Maka berkumandang lah lagu tema Radio Kedah tu… Gunting rambut, dengar radio sambil dibelai angin sepoi2. Fuh…memang terbaik la!
Tapi sekali tu, entah sebab apa. Aku memberontak. Tak mau potong rambut minggu tu. aku nak minggu depan. Takde nye mak aku nak layan.

“Hang mai lekas! Satgi ayah hang tengok rambut panjang, kena marah kot.”
Ok, FINE!

Mak aku prefer gunting rambut bila kering. So apa aku buat? Aku basahkan rambut aku. Hehe… Tapi dia gunting gak. Kebetulan plak gunting tu tak berapa nak tajam. So terasa sakit la bila everytime mak gunting tapi tak semua rambut putus. Sebab rambut yang tak terpututs tu melekat kat gunting lagi.

By that time, mak dah siap potong bahagian tepi dengan atas. Yang belah belakang je yang belum. Aku nekad nak lari. So aku mintak mak bukakan kain yang tutup badan aku tu.. Then, aku lari.
Mak aku ingat aku nak pi toilet ka apa? So dia tunggu la…15 minit tunggu, aku tak timbul2 balik. So dia turut la ke bilik air. Aku ni pun satu, nak sembunyi tapi tak mau pi jauh2. So aku ended up sembunyi belakang pintu bilik air. Memang kantoi la!

Lepas kena marah, lebih kurang 30 minit kemudian; mak sambung balik gunting nak abiskan bahagian belakang. Kalo aku lari jauh lagi, memang esoknya aku pi sekolah rambut ala jin siam la… satu kepala nipis tapi ada sejemput rambut tebal kat belakang.

G.B

Ini adalah tribute untuk “Geng Black”. Geng paling hangat dalam batch aku kat Langkawi dulu. Ada beberapa lagi geng macam "Geng Terang" untuk yang berdahi luas dan "Geng Bulu". Well, hampa paham sendiri la "Geng Bulu" tu untuk sapa noo.Ala2 maskot sukom KL '98 tu la...

Macam organisasi terancang yang lain, ada jawatan untuk sumua posts penting. Keahlian adalah by invitation only ok. Proses selection dia adalah by comparing your skin to any of the GB members. Tiga area yang dijadikan kayu pengukur; lengan, kaki dan badan. Kalau hang tergelap lebih sikit je dari standard kat mana2 bahagian yang aku cakap tadi, maka dapatlah hang invitation tu.

Aku pun terpaksa masuk sekali. Well, kulit aku takde la hitam sangat. Siap dilantik jadi setiausaha sulit lagi. Adoi… Masa compare kulit kaki dengan badan, aku menang. Dah lega dah tak payah join! Tapi bila mai tang lengan… aku tersungkur.

Ada beberapa scenes yang sinonim dengan GB nih.

Lagu:

“Anak kecil main api (aiiibbb…)
Terbakar (aibbb) hatinya yang sepi”

Kelas sejarah:

Cikgu sejarah: Ape yang kamu tahu pasal zaman gelap di Eropah?
Students: Aibbb…
Cikgu: Eh, kenapa?? Saya salah cakap ke?
Students: gelak satu kelas

Ni adalah antara contoh betapa sensitip nya kami dengan perkataan yang seringkali dikaitkan dengan GB. Hitam, gelap, kelam, terbakar, hangit… just to name a few. Everytime bila perkataan macam ni disebut, maka nescaya akan kedengaran lah bunyi “Aibbb”. Paling best kalo dalam dewan la. Sebab gema bunyi tu lagi kuat.

Sila sebut “Aibbb” ni dengan low pitch 6 harakat ye! Bunyi tak ubah macam dalam adegan suspen dalam cerita tu. tapi kadang2 tu ada yang ter ”hi-pitched”. Ibarat di antara pokok2 padi, tetiba ada pokok pisang di tengah. Memang buleh cam la suara sapa yang hi- pitched tu.

Tapi ni sumua kenangan je la skang. Tak dak kerja nak buat camni dah. But I really miss these happy moments, I do.

Melayu

...

Bagaimanakah melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka

Usman Awang

21 Mei 2011

Daging masak kunyit ku musnah

Lepas “member baik” aku kejutkan sembahyang subuh tadi, aku dah tak boleh nak lelap mata dah. Perut pulak kelaparan. Last aku makan semalam kat “Warung Kita” area Dublin 8. Unik kan nama kedai makan tu?

So, aku pun mintak la suggestion dari member baik aku nih.

Aku: Nak masak apa ek? Bagi suggestion sket plis

"Member baik": Try tgk blog ni… (ada address dia bagi)

Cuaca kat luar pulak memang cun! Baru pukul 6.30 pagi tapi dah cerah macam pukul 10 pagi. Derauan angin sejuk memberi salam kat aku. Tergedik2 aku menahan sejuk.


Hmm, ni yang membangkitkan mood untuk nak masak yang besh2 sket ni.
Tetiba aku terjumpa resepi daging rusa masak kunyit dalam blog kak Sue nih. Wohoho… ini sudah menarik! Check list barang… Hampir kesemua yang diperlukan aku ada kot, except daging rusa la. Mana nak pi cari kat sini. Kang pi sembelih rusa liar kat Pheonix Park, aku plak yang kena masuk lokap kot.

Al-kisahnya, aku pun mula la menyediakan barang2. Defrost daging, bersiang bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Kalo ikut resepi tadi tu, aku kena tumis bawang2, halia, serai dan kunyit dengan minyak. Tapi disebabkan ni rumah orang bujang, mana nak ada kunyit2 ni. Jadi plan nak letak serbuk kunyit la sebagai pengganti…


Haa, perkenalkan ni la kitchen cabinet rumah aku. Best kan design dia? Paling aku berkenan, dapur memasak dia. Zanussi tuh, pakai electric, 4 variable flat ceramic hobs. Memang senang nak guna dan cuci. Tapi kalo elektrik pun selalu takde, hang jangan dok galak nak pakai la.

Selesai tumis, bau pun memang terbaek la. Then kena letak serbuk kunyit dan asam keeping. Bagai seorang pro, aku buka la pintu cabinet untuk amik botol serbuk kunyit. Tapi buka2 je cabinet tu…cerah je. Tak dak apa satu pun. Menggelabah aku.

Aikk, mana pi habih aksesori memasak aku?
Aaaah, punggah la camni!
Pi mana pulak botol serbuk kunyit nih?

Rupa2nya housemate aku dah clear kan cabinet tu kemarin time aku tidoq. Hah, ni dah kira darurat. Abes, camna dengan projek daging masak kunyit aku nih??

Mau tak mau, terpaksa lah aku divert projek daging masak kunyit kepada daging masak kari last minute. Huhuhu… seb baik serbuk kari ada lagi. Kalo yang tu pun "cerah", memang aku tukar buat sup daging je la.


Akhirnya, jadi jugak kari daging aku. Amacam, kari orang bujang? 40 minit gak kot nak buat nih…Huhu. Berbaloi bila perut kenyang!

Hepi! Hepi! Hepi!

Derma?

Bila last time hang menderma?

Pernah dak hang jumpa orang menderma dengan bersungguh2?

Maksud aku, derma “gila2” punya… Ni derma harta naa, bukan derma darah or organ ok. Kalo yang derma darah, mana buleh gila2… Kang satgi kena hypovolaemic shock plak, GOL teruss!

Aku pernah pi satu majlis amal untuk kumpul dana untuk Palestin kat Griffith College. Majlis tu start lepas Maghrib. Autumn rasanya time tu. Macam biasa, majority orang Islam kat sini adalah orang dari area timur tengah la.

Sebenarnya komuniti Muslim kat Dublin ni dah ada sejak 1950 lagi, bukannya baru 2-3 minggu lepas. Tapi dengan kewujudan Celtic Tiger awal tahun 90-an, maka makin ramai la Muslim di sini. La ni anggaran Muslim di Ireland is about 25-30k orang. Banyak la tu. Population Ireland ni 4.5 juta je.


Masjid pertama ada tahun 1986 kat Ballhaunis, County Mayo. Pastu yang masjid dekat dengan rumah aku ni bukak tahun 1996. Kalau tak silap aku, Masjid Clonskeagh ni antara yang masjid yang paling besar kat Europe nih. Bangga aku!

Ok, berbalik ke topic asal. Masa dalam majlis amal tu, sambil ada kumpulan nasyid dari Palestine kat depan, pastu ada la orang yang bawak bakul dan talam di area penonton ni. Yang aku nampak, bila dia pi ke sebelah female crowds, semua pakat bawak keluar barang kemas yang depa ada. Ada yang tanggalkan gelang, cincin, rantai… God knows how much are all those jewellery worth!

Yang sebelah lelaki pulak, kebanyakannya bagi duit la. Pastu ada acara membida barang. Ada 4 orang gentlemen depan aku ni pakat share duit bid satu lukisan kaligrafi ayat al-Quran untuk 1000 Euro. Harga asal benda tu 90 Euro je. Aku ingat dengan bid 1000 Euro, depa dah dapat la lukisan tu. DAK… Ada lagi orang yang bid 1500 Euro. Dan orang tu menang. Sekali lagi aku terkejut bila MC kata lukisan tadi didermakan kembali untuk bidaan.

Pastu next bid adalah arca bentuk Masjid Nabawi. Kali ni Syeikh Masjid Clonskeagh pulak tunjuk taring. 2500 Euro kot dia offer. WOW! Itu je yang aku buleh kata.

Terkejut, terharu, confused… Semuanya bercampur2 dalam kepala aku. Pada aku, arca or lukisan yang depa buat bidaan tu macam sebagai alasan sahaja untuk menderma. Bukannya depa nak pun lukisan or arca tadi. Sedar2 je, sebenarnya mata aku dah berair. Terlalu terharu dengan keinginan dan semangat orang2 kat situ menderma, untuk tulong saudara2 Islam kita di Palestine tu.. Aku ni nak huluq 10 Euro pun dah ketaq tangan, ni depa tibai beribu2 Euro.

Apa hang nak kata??

Ni sekarang, ada "Irish Relief Convoy to Libya". Beberapa hari sebelum final exam aku, aku berpeluang tengok upacara pelepasan konvoy tu ke Libya-Tunisia border via France. 5 atau 6 biji van penuh dengan ubat2, makanan dan pakaian untuk mereka yang stranded di Libya.




So, persoalannya sekarang. Bagaimana kita (especially aku la..) mampu untuk menjadi seperti mereka? Haa...jawab2.

20 Mei 2011

Ayah



Ni memang iklan hari raya Petronas yang paling aku suka. Dah 12 tahun rasanya sejak first time disiarkan. Sebenarnya, memula aku tengok iklan ni… aku tak suka. Hanya kerana satu sebab. Kerana dia menggunakan Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu!

“Awat nak kena pakai bahsa inggeris untuk iklan raya??”

“Ni kan iklan hari raya, untuk orang Islam. Kan majority orang Islam Melayu? Pakai la Bahasa Melayu!

Or so I thought…

Tapi semakin umur aku naik, penguasaan Bahasa Inggeris pun makin baik… baru aku betul2 appreciate content hasil kerja arwah Yasmin Ahmad ni. Makin aku tengok, makin kuat teringatkan mak ayah. Walaupun hidup aku masa kecik takde la macam budak dalam iklan ni, tapi ada la beberapa benda yang sangat touching bila tengok iklan ni.

Seingat aku, ayah memang jarang ada kat rumah. So, most of the time aku dok kat rumah dengan mak. Aku pun tak pasti apa ayah buat time tu.

Yang aku tau, macam2 kerja ayah pernah buat. Dari tanam padi, cikgu sekolah melayu, motong getah, buka kedai runcit sampai la ke masuk MLM.

Dulu ayah join Amway. Aku enjoy time tu sebab aku buleh ikut ayah pi buat demo kat mana2 entah. Produk Amway tu aku dah hafal nama2 dia sebab dah selalu sangat dah ikut. Habaq je nak apa? Daily? Bio C Plus? Protein? Sampai ke berapa biji dalam 1 botol tu pun aku ingat.

Sekali tu kami pi sampai ke Megat Dewa. Haa… hang tau ka tang mana tempat tu? Aku first time dengar tempat tu dok pikir tempat ni mesti macam sacret2 sket. Ye la… dewa tuh. (Ni sebenarnya pengaruh komik Dragon Ball laa…). Padahal ada bendang keliling macam kat tempat lain la jugak.

Dan dalam kereta Volvo 144 kami tu , mesti dia akan berceramah kat aku. Volvo tu aku suka sangat. Besaq dan selesa. Cuma standard kereta tahun 1967 la… mana ada power stering. Bercerau peluh nak pulas stering tu. Lagi satu fuel consumption dia buleh tahan la jugak, pi balik Aloq Setaq mau 20 ringgit. Tu time minyak 1 liter seringgit sekupang. Kalau ikut harga la ni, confirm menteri perdagangan dalam negeri kena sumpah je la selalu!

Antara yang ayah selalu sebut;
“Ayah ni tak dak harta nak bagi kat adik (aku la…). Sebab tu ayah nak anak2 ayah semuanya pulun mengaji. Dengan ada ilmu tu la, kita buleh berjaya… Dan ilmu tu jugak buleh jaga kita”

Sampai la ni aku dok ingat lagi skrip ni. Sebenarnya ada lagi la huraian dia. Main2 ka, dari rumah aku nak ke Aloq Setaq tu mau dekat sejam. Haa, kalau baru 5 minit bergerak dia dah pasang ayat ni. Hang tunggu la lagi 50 minit mendengar huraian dia. Hehe...

Tapi aku paham la sebab apa yang dia tekankan mengaji tu. Harta cukup2 makan je, kalau nak kerja mana2, “Kabel” apa pun tak dak. Jadi memang dia sandarkan pada pendidikan saja la untuk anak2 dia berjaya.

Masa Darjah 4, Cikgu Ling buat ujian kali2 (Sifir). Dia bagi 100 soalan kot, jawab dalam 30 minit camtu. Aku betul 39 je dari 100 tu. Nak menambah derita lagi, Cikgu Ling suruh parent sign kat kertas ujian tu dan bagi balik kat dia isok. Ayah marah sakan bila aku tunjuk ujian tu. Marah kat aku la… bukan kat cikgu.

“Ayah tak mau sign kalo macam ni! Ni soalan kali2 saja, awat dapat teruk sangat?”

Diam je la aku. Menjawab tak berani. So pagi esok time breakfast, aku pujuk mak aku suruh sign. Dia tak mau sign gak. Lepas puas merengek kat dia, dia kata...
“Hang sign nama mak kat situ”

In the end, aku sendiri yang sign kertas tu, with special permission from my mom ok!. Tu kira ok lagi la dapat 39. kawan aku dapat 0. Punya la mengamuk Cikgu Ling ni, dia suruh kawan aku tu makan kertas ujian tu depan kelas. Dengan ayer mata meleleh, dia kunyah la kertas tu slow2. I felt so sorry for her.

Apa2 pun, aku sangat bersyukur dengan kurnia Allah atas kedua orang tua aku. kalau tak kerana dia marah aku fail ujian kali2 tu, maybe aku tak dapat macam sekarang ni. Ye lah, budak kampung yang lagi suka main dari belajar. Time tu, aku pikir masa depan aku adalah bomba or askar. No more no less. But it's totally different business now.
Thanks mak, terima kasih ayah. I love both of you so much! Truly I am.

Dublin Gawat

Sibuk sungguh! tak cukup dengan yang berkawal kat bawah, ada pulak heli dok usya dari atas. Kesian pun ada aku tengok Garda / polis yang dok control traffic & padestrians. Kena pulak petang Khamis malam Jumaat yang berkat ni, memang ramai la jemaah kat pub tuh.

Dublin city centre tu memang dah cukup packed punya dengan orang. Kalau hang keluar time weekend or peak hours, hang memang saja cari pasal la. Selebaq2 O’Connell Street tu, nampka berhitam lagi dek kepala2 manusia. Star Walk kat Aloq Staq tu tak dak apa la klo nak banding.

Seb baik orang sini jalan laju2. Kalo dok buat lenggang2 kangkong, hmm memang ada jugak yang kena stampede macam kat Kemboja bulan 11 tahun lepas tu.


Lepas tu, jumpa band ni; The Cold 100. Best gak layan lagu band rock ni. Mula2 aku ingat depa tu patung display dalam Clery's tu. Rupa2nya orang betoi laa. Plan nak stay lama lagi, tapi bila nampak je kelibat bas 11, haa...cabut. Kalo terlepas bas ni memang berjanggut la tunggu next bus!

Haa, ni antara apa yang berlaku kat Dublin minggu ni:

- 17- 20 Mei; state visit from Queen Elizabeth II dan laki dia, Philips.
- 18 Mei: UEFA Europa League Cup kat Lansdowne Road Stadium. Porto vs. Braga.
- 23 Mei; Obama plak nak menyinggah sat. 24 jam lebih je pun.

Bagus la memeriahkan city ni. Tapi sebagai penduduk, tersiksa sket la rasanya. Sebab? Ye la, nak pi berjalan hangout kat city centre pun susah. Jalan tutup sana sini. Nak pi tempat lain, timetable bas pun jadi bengong. Belengas kaki terpacak kat bus stop tu, bas sebijik pun tak lalu. Nak tambah hangin lagi, bila dah nampak bas tu lalu dari jauh. Berbunga la sket hati ni. Tapi bila dah dekat, tengak2 dia tulis “ Out of service / As Serbhais”. Ya Allah….berikan lah hambaMu ini kekuatan!

Pastu tadi, aku jumpa satu geng ni. Lawak2.


Haa…apa pendapat hampa? Dan2 depa mengaku sedare ye? Alahai…. Actually Obama, as we know him, is a mixed; Irish & African. Lahir kat Hawaii, pindah Indon lepas parents dia cerai.

p/s: Dengar kata kalo kawin campur, anak2 bijak. Hmm, kalo melayu mix dengan jawa, kira aci dak? Hihihi…jimat kos sket. Tak yah pi cari jauh2

19 Mei 2011

“Teman setia anda, Dimana-mana saja”

Antara memori yang aku ingat masa kecik adalah mendengar lagu tema radio Kedah. Rumah aku ada radio, tapi tak pernah pasang pun. Biasanya aku tumpang dengar dari radio Pak Ya sebelah rumah je. Ye la, dia pasang kuat… buat apa nak pasang radio lagi kan?

Sampai sekarang, aku dok cari lagu tema tu tapi tak jumpa2. Tajuk lagu dia pun aku tak tau. But for sure that song was aired during ‘94-’95. La ni radio Kedah dah guna lagu tema lain dah. Bagi aku, lagu tu punyai sentimental values yang teramat banyak untuk diri aku. Terutamanya ada 3 insiden yang berkaitan dengan lagu ni. Tapi arini aku nak cerita 2 saja.

Insiden 1:

Bulan puasa. Aku nak main mercun guruih (guruih tu mancis la). Sebab apa nama dia guruih? Sebab kita tak payah cucuh mercun tu. Instead, kita lorekkan kat tepi kotak mercun tu. Just like using the real matches. So technically, lagi selamat la untuk budak2 sebab tak guna api. Sambil aku try tu, dok dengar lagu tema radio kedah dari rumah Pak Ya. Tetiba rasa nak penaya Pak Ya yang dok tengah lena sambil dengar radio tu.

Lepas aku lorekkan mercun tu..aku lempaq la jauh2. Tutup telinga. Lima saat, 10 saat, 15 saat aku tunggu… Tak meletup.

“Ceh, ni tak leh jadi! “

“Awat dia tak meletup pulak?”

So aku memberanikan diri la pi check mercun tu. Aku jolok dengan ranting kayu dulu…tak meletup gak. Last2 aku tensen, aku pegang la. Timing memang terbaik la……. Time aku genggam mercun tu, dia pun meletup.

“POM!!”

Mau 2-3 minit telinga aku berdengung. Tak dengar apa. Tangan rasa kebas je… Tapi seb baik masih cukup sifat lagi. Tak dak darah or hilang jari. Jantung ni ketaq jangan cerita la. Nak pi cerita kat mak, takut. Takut kena marah. Mesti dia akan kata;

“Haa, hang pi la main lagi. Pi la…Bagi putuih buang tangan tu. Tak payah mengaji”

Memang reverse psychology habes. Tapi the next day, aku main lagi mercun tu. Dan plan aku nak buat penaya kat Pak ya menjadi. Hehehe…

Insiden 2:

Biasanya aku memang akan cuci kasut aku hari jumaat pagi. Sebab mak dah bising suruh basuh kasut siap2. Tapi weekend tu ada kami pi berjalan mana entah. So aku basuh kasut hari Sabtu la. Time aku dok basuh kasut ni la Pak Ya baru balik kebun then terus buka radio feveret dia tu.

“Awal dia balik kebun? Pokok basah la tu tak leh motong”

Lepas basuh..then aku jemur la. Bila mai malam pun, kasut tak kering2 lagi. Aku dah haru dah. Isok sekolah, kasut basah lagi. Then teringat la kawan aku cakap.

“Kalau hang basuh kasut hari sabtu, pastu hujan- kasut tak dan nak kering…hang pi la letak kat peti ais. Hari Ahad pagi mesti dah kering punya.”

Tapi aku punya critical thinking lain sikit. Tak tau la camna aku pikiaq time tu.

“Dari letak kat depan peti ais, baik aku letak DALAM peti ais. Mesti cepat lagi kering”

Haaa, ambik hang. Pagi hari ahad tu, kaki aku la yang paling sejuk sekali dalam sekolah tu. Penangan kasut yang fresh keluar dari dalam peti ais semalaman. Sampai waktu rehat pun tak hilang lagi sejuk tu. Sengal la aku!!!

Vandalisme

Kebetulan aku bawa camera time pi ke city centre. Bukan selalu BAQ hang. Bukan apa, malas nak kena bawak extra weight dalam poket jaket. Padahal camera aku tu bukannya SLR yang besar gedabak tu!

“Awat tak guna phone camera?”

Korak hang! Aku pakai nokia 66sekupang (6610) ja. Mana ada kamera.Nak mesej dengan call buleh.
So, untuk test power. Aku try la kat dalam bas. Biasanya aku akan naik ke upper saloon. Sebab kat lower deck tu biasanya untuk golongan tok nek, tok wan, opah, nyang, embah dan yang sewaktu dengannya. Kalau time peak hours dan ditakdirkan golongan ni naik; orang yang lagi muda yang duduk kat lower saloon kena offer seat tu kat depa2 ni.

Aku tak ada masalah dengan isu ni. Infact, it is such a good moral practice which is very much applied in this part of the world. Cumanya, leceh sket la. Kita kena sentiasa alert kalo2 ada orang yang perlukan seat tu. Nak senang, naik je ke upper saloon. Lagi banyak kerusi.
Maka terjumpa lah seni2 artistik yang sememangnya common sights di Dublin nih.



Yang ni memang tak buleh blah. Pandai pulak dia tulih “It’s hard to write on a bus”. Haha… Macam2. Aku rasa depa ni try nak lukis gambaq Hitler. Tengok lambang kat baju dia. Tapi dah bas ni goyang2… Sebab tu Hitler ada 4 jari saja. Yang “Ein Folk.. .. Ein Re” tu… aku rasa sebenarnya dia nak tulis “ Ein Volk, Ein Reich, Ein Fuhrer” yang bermaksud; “One People, One Nation, One Leader". Ni adalah ayat propaganda Nazi kalo tak silap aku. Maybe yang melukis ni Nazi sympathizer kot.

Kan kalo Pak Lah, propaganda dia; “Berkerja dengan saya, bukan untuk saya”. Eh...dah sampai ke Penang aku mengarut!



Ni la Dublin Bus or bas Shahidan Kassim. Sebab apa?? Hang tengok la kaler2 la. Bendera Perlis. Eh, bukan dah tukar ka MB Perlis. Sapa haa? aku lupa..



Ni umah orang. Memang takde kaitan pun dengan vandalisme.



Hang tengok kerusi dia. Ni kalau kat Malaysia, standard bas Mara masuk tempat aku je. Cumanya, bas mara ke tempat aku ada extra vibration. Dah turun bas pun, inertia vibration tu dok rasa lagi!



Hang tafsir sendiri la apa yang dilukih tu. Yang aku tau, kat luar tu ada kedai sandwich O’Brien (kaler hijau tu). Aku suka sangat tuna sandwich dia. Beshh! Tapi kalau kat sebelah dia tu ada kedai nasik kandaq, memang aku tak singgah dah la O'Brien ni. Apa barang makan sandwich sejuk2. Oh ya, klo hampa tengok kat kedai O'Brien tadi...design bangunan camtu dinamakan Victorian. kinda' nice to see with those colourful doors.

Kesimpulannya, vandalisme ada di mana. Pastikan diri anda tidak terlibat sama. Harta awam milik kita bersama.

* BAQ hang tu adalah shortform of habaq hang. Just so u noe!

KUL - DUB


let me introduce to u all. This is my family ye. Ayah, mak, abg dengan anak sedara aku.Sebenarnya agak sedih masa nak tinggalkan mak ayah untuk mai sini. Walaupun sebelum tu, aku dah dok asrama dah masuk tahun ke-8 pun…tapi kali ni lain macam rasa berat tu. Maybe sebab nak pi jauh kot. first time naik flight plak. Kalau dalam flight MH4 tu ada orang buat perangai macam orang hutan..memang dah buleh teka la sapa. Aku!

Tapi kena consider la sama sebab apa tu kali pertama aku naik flight. Firstly and so obviously, aku tak dak duit. (Padahal Banting ke Aloq staq tu bukan mahal mana pun..) Secondly, aku memang berhajat nak menjadikan saat aku keluar dari Malaysia ni adalah my first moment stepping into an aeroplane. A big-big one. Alhamdulillah, sampai jugak hajat aku yang satu ni. Hambik hang, dapat B747-400. Besaq sungguh. Dapat plak seat nombor 60 yakni, seat ujung dunia skali.

First impression aku… hmm, not bad la. Ada kerusi, ada tangga nak naik tingkat atas, ada waiter dok tunggu yang cakap “Selamat Datang” dengan senyuman maneh.. tapi saat tu jugak aku rasa nak call kawan aku sorang ni. Aku nak tanya dia 1 soalan.

“Hang kata waiter dalam flight sumua lawa2? Tapi awat yang aku tengak macam adik beradik Kak Pah je?”

“Awat bila waiter tu buat announcements…loghat melayu dia bunyi teruk sangat? Macam budak Kangaq dok Madrid 10 tahun tak pernah balik noo. Heran2…”

Walau macam mana pun, two thumbs up untuk waiter2 MAS ni. Depa memang well-trained and professional. Ramah pulak. Tambah2 pulak bila depa tau yang kami ni segerombolan budak2 nerd se-Malaya nak pi Dublin belajar medic. Dan2 offer nak jadi kakak ipaq aku. Huh…sabaq je la.

12 jam lebih dok dalam flight tu. Kebas, semut2, pins & needles, cramps…semua ada. Boring tak tau nak habaq dah aih. Depa jamu nasik 2 kali; nasik lemak dengan nasik beriyani. Aku sapu licin! In between tu; dia bagi kacang, ais krim, biskut, jus oren, pastu kacang balik. Memang kerja makan je la.


Sampai kat Heathrow airport Terminal 3. Maka bermula lah dunia baru yang asing untuk aku. Disebabkan tahun sebelum tu, ada tragedy London bombing. So security measures kat any UK airports memang ketat la. Hand luggage aku yang masa kt KLIA tadi lepas je tapi sangkut bila kat London. Oversized katanya. FINE la… aku kena check in bag laptop aku nih. Huh!

Kalau tadi aku complaint pasal loghat melayu waiter MAS macam budak Kangaq dok Madrid. Haa…kali ni yang jaga kaunter check-in tu ibarat budak Kangaq dok Serbia. Rupanya minah tu Scottish daa…berkerut aku nak paham soalan2 dia.

Minah Scottish: “Have you packed your bag yourself sir?”
Aku: Yes (sebenarnya aku nak balas “No, actually my mom and my sis did”. Tapi kot satgi dia panggil security…tak pasal2 je aku lepak lokap imigresen UK kot)
Minah Scottish: “Could anyone have interfered with them at any time, sir?”
Aku: No
Minah Scottish: “Has anyone asked you to carry anything aboard this flight?”
Aku: No. Anything else?

Time ni aku realized yang setiap bahasa ada loghat masing2 termasuk bahsa inggeris. Yang kita dok tengok kt movie tu..biasanya American accents. Jadi memang paham je la. Betul la…dulu kat sekolah yang mengajaq English teacher Salbiah! Dia orang Baling. So English dia pun bunyi Baling la sket. Tapi bila kena penangan loghat Scotland…haaa, berasap pungkuq nak jawab.


Anyway, aku selamat sampai kat Dublin Airport. Memang biasa2 je airport dia. Takde la nak meriah macam KLIA tu. Tiang dia saja sampai 2-3 pemeluk, 4-5 tingkat, lif transparent, polis jaga setiap penjuru. Eh, apa aku melalut ni. Dublin Airport ni klo untuk perbandingan, maybe besar sket dari Penang airport. Tapi ni tahun 2006. La ni dah canggih banyak dah..
Aku jejak je kaki aku kt pintu keluar Dublin airport tu…tetiba angin bertiup kuat kemain!

“Aik, petanda apa ni? Baru jejak kaki dah ribut2.”

Aku gagahkan jugak melawan arus. Dua langkah, tiga langkah, empat langkah… angin kuat berhenti. Elok nak buka langkah kelima tu, dia start balik. Ahh….parah la cmni. Aku ni dah la body slim fit. Pasni senang la aku nak main wau. Pakai je baju melayu aku yang menggelebeh sana sini tu…kompom terbang!

p/s: Bahasa Inggeris tu penting. Dari sekolah rendah lagi cikgu dok ingatkan aku. Dan kerana bahasa inggeris ni jugak la aku makan penampar paling kurang 3 kali dengan cikgu bahasa inggeris. Tapi sangat berbaloi!

18 Mei 2011

Goncang Imam

Secara fizikalnya, aku ni kurus tinggi berkulit sawo-matang.(chewahh!) Tapi takde la macam galah nak kait buah betik tu. Melampau sangat!

Dan disebabkan keadaan fizikal aku jugak, aku selalu berhadapan dengan satu masalah bila beli baju melayu ikut saiz standard. Mengelebeh kain sana sini. Kalau aku depakan tangan, layar kapal dengan aku ni tak banyak beza dah. Seluar plak, klo amik saiz M, nampak buku lali. Amik saiz L, dah macam seluar baggy, asyik nak terlondeh sampai kena pakai belt.

Aritu aku balik buat elektif kat Malaysia time winter. Niat di hati nak tempah la baju melayu sepasang untuk majlis nikah nanti. Alang2 dah ada kat Aloq Staq time tu, pi je la cari tailor. Biaq awal, janji aku tak menggelupor nanti kalau buat lambat2. Kain untuk baju melayu aku pun dah ada. Thanks to member baik aku, dia yang carikan.

So aku pi la satu kedai tailor ni kat area roundabout Telok Wan Jah.

Aku: Saya nak buat baju melayu. Err, kalau pakai kain saya sendiri you terima ka?
Tailor: Muleh2…Mai kita ukoq dulu noo.
Aku: Ok
Tailor: Ni nak buat baju goncang imam ka?
Aku: Haa???

Seriously, aku memang blur gila time tu. I have to admit that I’m not a fashion follower. Basic knowledge aku pasal baju melayu ni ada 2 je; teluk belanga dan cekak musang. Tapi bila dia tanya pasal goncang imam, memang aku terdiam. Kelu…

Awat, banyak sangat ka arus perubahan dalam fashion baju melayu selama 5 tahun aku meninggalkan Malaysia? Aku dah terbayang macam2 dah.. Jangan kata dia nak buat macam jubah imam Masjid Negara tu? Aku nak baju melayu, bukan jubah. Punggah! Tu la, gatai sangat nak mengaji luar. Sampai fashion baju kebangsaan pun hang tak ikut.

Aku: Err, bang. Baju goncang imam tu camna? Awat yang sampai nak kena goncang imam?
Tailor: Dak aih, dak aih… Ni baju goncang tangan tok imam… a.k.a baju nikah la!
Aku: Laaa….

Mangkuk betoi la tailor ni…nak bergurau senda la pulak. Aku putaq kepala hang baru hang tau!
Moral of the story: Fashion baju melayu ada 2 sahaja. Jangan nak menambah2!

17 Mei 2011

Kanak-Kanak Riang




Haa...mai tengok, mai tengok! Obviously yang pakai songkok, kain pelikat siap top-less lagi tu aku la. Lagi satu kriteria untuk kenal aku, tu haa...kulit putih-melegam tu. Tapi takpa, kita guna la istilah kulit sawo-matang-larut. Nampak macam orang ada edukesyen sket kan? Padahal, tak banyak beza pun 2 istilah tu.

Gambar yang bawah tu pulak, "member baik" aku. Entah apa la yang dia nak belajar sebut tu sampai terjuih bibir. Hahaha... ni mesti dok praktis sebut joule, tak pun picometer ka, zeptometer ka. Budak physics la katakan.

Tapi ni 23 tahun yang lepas la....Masing2 dah lulus PMR, pass SPM. Cuma kerja je yang belum. Aishh budak zaman la ni.. kerja tak mau, kawinnye hendak. Ish3... (oi, kutuk diri sendiri ka?)

* Awat panggil bakal isteri aku ni "member baik" instead of awek, gf, marka or gewe? I dont know why but it sounds a little bit more sweeter to me. Astaga... apa aku dok merapu neh???