20 Mei 2011

Dublin Gawat

Sibuk sungguh! tak cukup dengan yang berkawal kat bawah, ada pulak heli dok usya dari atas. Kesian pun ada aku tengok Garda / polis yang dok control traffic & padestrians. Kena pulak petang Khamis malam Jumaat yang berkat ni, memang ramai la jemaah kat pub tuh.

Dublin city centre tu memang dah cukup packed punya dengan orang. Kalau hang keluar time weekend or peak hours, hang memang saja cari pasal la. Selebaq2 O’Connell Street tu, nampka berhitam lagi dek kepala2 manusia. Star Walk kat Aloq Staq tu tak dak apa la klo nak banding.

Seb baik orang sini jalan laju2. Kalo dok buat lenggang2 kangkong, hmm memang ada jugak yang kena stampede macam kat Kemboja bulan 11 tahun lepas tu.


Lepas tu, jumpa band ni; The Cold 100. Best gak layan lagu band rock ni. Mula2 aku ingat depa tu patung display dalam Clery's tu. Rupa2nya orang betoi laa. Plan nak stay lama lagi, tapi bila nampak je kelibat bas 11, haa...cabut. Kalo terlepas bas ni memang berjanggut la tunggu next bus!

Haa, ni antara apa yang berlaku kat Dublin minggu ni:

- 17- 20 Mei; state visit from Queen Elizabeth II dan laki dia, Philips.
- 18 Mei: UEFA Europa League Cup kat Lansdowne Road Stadium. Porto vs. Braga.
- 23 Mei; Obama plak nak menyinggah sat. 24 jam lebih je pun.

Bagus la memeriahkan city ni. Tapi sebagai penduduk, tersiksa sket la rasanya. Sebab? Ye la, nak pi berjalan hangout kat city centre pun susah. Jalan tutup sana sini. Nak pi tempat lain, timetable bas pun jadi bengong. Belengas kaki terpacak kat bus stop tu, bas sebijik pun tak lalu. Nak tambah hangin lagi, bila dah nampak bas tu lalu dari jauh. Berbunga la sket hati ni. Tapi bila dah dekat, tengak2 dia tulis “ Out of service / As Serbhais”. Ya Allah….berikan lah hambaMu ini kekuatan!

Pastu tadi, aku jumpa satu geng ni. Lawak2.


Haa…apa pendapat hampa? Dan2 depa mengaku sedare ye? Alahai…. Actually Obama, as we know him, is a mixed; Irish & African. Lahir kat Hawaii, pindah Indon lepas parents dia cerai.

p/s: Dengar kata kalo kawin campur, anak2 bijak. Hmm, kalo melayu mix dengan jawa, kira aci dak? Hihihi…jimat kos sket. Tak yah pi cari jauh2

3 ulasan:

  1. oh dah tau dah sebab apa kakct bijak semacam. Anak mixed rupe nye, tak syak lagi. jawa+melayu+batak=genius. hehe

    BalasPadam
  2. laa....hang mixed gak ka kak ct? patut la pandai. tp kak ct, mix dgn batak gak ka? seriously?

    BalasPadam
  3. hehe, serious la hakimizah. datuk belah mak memang batak tapanuli. asal dari sumatera utara, merajuk lari ke tanah melayu..peh mmg filem box office la kalau nk cerita panjang lagi..hehe

    BalasPadam