Biar hujan, biar panas, hatta bersalji sekalipun… kita tetap bersama. Sememangnya kita tak dapat dipisahkan. Kemana aku pergi, kau pasti ada menemaniku.
Masihkah kau ingat tika kita disimbah air di dalam lopak dek tayar Dublin bus? Abis kuyup baju raya aku… Ingatkan kau saat pukul 5.45 pagi; kau dan aku sama2 memerah keringat menuju ke Mater Hospital? Bagaimana pula saat kita bersaing dengan BMW 5 series di Merrion Road sewaktu ke Malaysian embassy. Dek kerana race itu, aku jadi lembut lutut. Sampai nak berdiri tegak pun seksa.
Sekarang, kau sudah disunting orang lain. Bukan tak aku cuba menghalang, tapi keadaan memaksa perpisahan ini berlaku jua. Kau dan aku mempunyai jalan hidup yang berbeza sekarang.
Maafkan aku…
Pergilah…
Moga dapat kau berbakti kepada jejaka itu seperti mana kau menabur bakti kepada ku.
Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku
Ke timur atau ke utara
Tak tentu dimana nak tujukan
Setitik air mata
Dititiskan dibuang jangan
Mode: Syahdu basikalku dirisik orang...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan