18 Mei 2011

Goncang Imam

Secara fizikalnya, aku ni kurus tinggi berkulit sawo-matang.(chewahh!) Tapi takde la macam galah nak kait buah betik tu. Melampau sangat!

Dan disebabkan keadaan fizikal aku jugak, aku selalu berhadapan dengan satu masalah bila beli baju melayu ikut saiz standard. Mengelebeh kain sana sini. Kalau aku depakan tangan, layar kapal dengan aku ni tak banyak beza dah. Seluar plak, klo amik saiz M, nampak buku lali. Amik saiz L, dah macam seluar baggy, asyik nak terlondeh sampai kena pakai belt.

Aritu aku balik buat elektif kat Malaysia time winter. Niat di hati nak tempah la baju melayu sepasang untuk majlis nikah nanti. Alang2 dah ada kat Aloq Staq time tu, pi je la cari tailor. Biaq awal, janji aku tak menggelupor nanti kalau buat lambat2. Kain untuk baju melayu aku pun dah ada. Thanks to member baik aku, dia yang carikan.

So aku pi la satu kedai tailor ni kat area roundabout Telok Wan Jah.

Aku: Saya nak buat baju melayu. Err, kalau pakai kain saya sendiri you terima ka?
Tailor: Muleh2…Mai kita ukoq dulu noo.
Aku: Ok
Tailor: Ni nak buat baju goncang imam ka?
Aku: Haa???

Seriously, aku memang blur gila time tu. I have to admit that I’m not a fashion follower. Basic knowledge aku pasal baju melayu ni ada 2 je; teluk belanga dan cekak musang. Tapi bila dia tanya pasal goncang imam, memang aku terdiam. Kelu…

Awat, banyak sangat ka arus perubahan dalam fashion baju melayu selama 5 tahun aku meninggalkan Malaysia? Aku dah terbayang macam2 dah.. Jangan kata dia nak buat macam jubah imam Masjid Negara tu? Aku nak baju melayu, bukan jubah. Punggah! Tu la, gatai sangat nak mengaji luar. Sampai fashion baju kebangsaan pun hang tak ikut.

Aku: Err, bang. Baju goncang imam tu camna? Awat yang sampai nak kena goncang imam?
Tailor: Dak aih, dak aih… Ni baju goncang tangan tok imam… a.k.a baju nikah la!
Aku: Laaa….

Mangkuk betoi la tailor ni…nak bergurau senda la pulak. Aku putaq kepala hang baru hang tau!
Moral of the story: Fashion baju melayu ada 2 sahaja. Jangan nak menambah2!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan